fbpx
Now Reading
Tindakan Segelintir Pengguna TikTok Mahu Kutip Dana Untuk Bayar Ikat Jamin ‘Abang Bas’ Undang Perhatian

Tindakan Segelintir Pengguna TikTok Mahu Kutip Dana Untuk Bayar Ikat Jamin ‘Abang Bas’ Undang Perhatian

Tangkap layar tular menunjukkan seorang wanita mengajak orang ramai untuk menderma RM1 seorang bagi menyelesaikan bayaran ikat jamin pemandu bas tersebut iaitu sebanyak RM30,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, orang ramai dikejutkan dengan satu kes melibatkan seorang pemandu bas di Johor dikenali sebagai ‘Abang Bas’ yang membuat konten mencurigakan melibatkan kanak-kanak sekolah di akaun TikTok miliknya.

Susulan itu, pihak polis telah bertindak menahan pemandu bas berusia 24 tahun itu pada 6 September lalu. Dia kemudiannya didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan amang seksual kepada anak saudara dan memerhati kanak-kanak perempuan usia 9 tahun berulang kali.

Bagaimanapun, pemandu bas mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan terbabit. Mahkamah kemudian membenarkan pemandu bas tersebut diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat.

Baca Artikel Berkaitan: Buat Konten ‘Crush’ Dengan Pelajar, Abang Bas Mengaku Tak Bersalah

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Masyarakat Kurang Cakna Kes Jenayah ‘Child Grooming’, Anggap Sekadar Jenaka


Individu Dedah Segelintir Pengguna TikTok Mahu Tolong Bayar Ikat Jamin Abang Bas

Namun baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syed Akramin berkongsi komen segelintir pengguna TikTok tentang ikat jamin pemandu bas berkenaan.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi, kelihatan seorang wanita mengajak orang ramai untuk membuat kutipan dan sumbangan buat Abang Bas bagi menyelesaikan bayaran ikat jamin.

“Jom semua kita kutip RM1 seorang tolong Abang Bas,” ujar wanita berkenaan.

Ramai juga pengguna media sosial lain yang menyahut ajakan tersebut dengan berkata mereka sudi menyertai kutipan itu.

“Berbuih mulut Khairul Aming beri nasihat, nak jadi influencer kena ada pendidikan supaya boleh didik followers. Tapi itulah. Ada ramai influencer yang cerdik pandai tapi kau pilih ikut Abang Bas tu juga,” kata Syed Akramin.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Sekali Lagi Nasihat Anak Muda Utamakan Pendidikan Untuk Jadi ‘Content Creator’


Minta Orang Ramai Yang Enggan Bantu Untuk Tak Masuk Campur

Pengguna X lain dikenali sebagai Hana turut berkongsi satu lagi tangkap layar berupa komen dari pengguna-pengguna TikTok yang lain yang turut bersetuju untuk menderma.

“Jom kita pakat kumpul. Yang nak tolong tampil kedepan. Yang tak mahu duduk diam-diam jangan sibuk, kami tak paksa. Insya-Allah kita pakat-pakat bantu,” ujar seorang individu.

Sumber: X (@mitsukillorona)

Kumpul Dana Awam Guna Akaun Peribadi Adalah 1 Kesalahan

Untuk info, aktiviti ‘crowdfund’ atau pendanaan awam melalui akaun bank peribadi adalah satu kesalahan undang-undang di bawah kuasa Bank Negara.

Bank Negara mengkategorikan kutipan dana menggunaan akaun bank peribadi sebagai ‘illegal deposit taking’ atau pengambilan deposit secara haram.

Individu yang didapati bersalah mengambil deposit wang secara haram boleh dikenakan penjara untuk tempoh tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan: Kempen ‘Crowdfunding’ Guna Akaun Bank Peribadi Adalah Satu Kesalahan, Ini Sebabnya

Sebaliknya, kutipan dana tersebut boleh dilakukan melalui saluran yang betul antaranya menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan kebajikan.


Belum Ada Kesedaran Tentang Jenayah Seksual Dalam Golongan Kanak-kanak

Menjengah ke ruangan balas, ramai bersetuju segelintir masyarakat masih kurang kesedaran tentang jenayah seksual terhadap golongan kanak-kanak.

“Tadi ada orang masuk live aku, tanya pendapat berkenaan Abang Bas. Aku cakap memang dia salah dan benda tu tak normal. Ada pula (individu) cakap ‘jadi tak bolehlah suka budak?’ Betul la, orang tak ada pendidikan tak faham maksud ‘suka’ dengan gangguan seksual,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berkata ramai mengganggap tuduhan terhadap pemandu bas adalah satu fitnah semata-mata.

“Yang aku penat tak habis-habis baca komen keluar ayat, ‘ini semua fitnah’. Tak reti dah aku dengan rakyat Malaysia ni,” ujar seorang pengguna X.

Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa ramai menyokong tindakan pemandu bas berkenaan atau menjadi ‘enabler’ kerana jenayah itu belum ‘terkena’ pada diri sendiri.

“Semua yang sokong tak kena dekat mereka. Cuba kena dekat anak mereka, Abang Bas tu cium-cium (anak). Memang kakilah Abang Bas tu kena,” jelas seorang warganet.

Sumber: X (@SyedAkramin)

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.