“Ayah Dapat Record”- Gelagat Bapa Tersilap Rakam Orang Lain Ketika Konvo Anak Buat Ramai Terhibur [Video]
Menerusi video tersebut, si bapa dengan yakin memberitahunya bahawa dia dapat merakam Mesa dari awal mengambil sijil sehingga turun ke pentas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap yang bergelar ibu bapa pasti berasa gembira setiap kali melihat kejayaan anak mereka.
Tidak kiralah ia kejayaan yang besar mahupun kecil, namun setiap kejayaan itu pasti akan diraikan bersama bagi menghargai usaha anak mereka .
Bukan hanya itu, kejayaan dikecapi oleh anak seperti berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tinggi turut membuatkan mereka berasa puas.
Bapa bangga rakam anak ketika ambil sijil sewaktu graduasi
Baru-baru ini, seorang bapa turut berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh anak perempuannya. Oleh itu, dia ingin merakamkan setiap momen indah anaknya ketika menerima sijil di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Mesa di TikTok, awalnya si bapa telah merakam anak perempuan yang menaiki pentas untuk mengambil sijil graduasinya.
Namun apa yang menjadi perhatian sewaktu si anak mengambil sijil berkenaan di atas pentas, kamera tersebut telah berpaling dan mengikut seorang pelajar perempuan sebelum Mesa.
Rupanya salah rakam orang lain
Malah si bapa dengan penuh yakin memaklumkan kepada anak perempuannya yang dia berjaya merakam dari awal sehingga dia turun ke pentas.
“Kakak, ayah dapat ‘record’ (rakam) kakak sampai turun pentas tau,” kata si bapa.
Anak masih dibelakang sedang ambil sijil
Namun di ruangan kapsyen, Mesa memuji kemahiran bapanya merakam video dengan cantik. Akan tetapi, wanita yang dirakam bukanlah dirinya.
“Record dah cantik ayah, tapi kakak yang belakang tu 😭,” tulisnya.
Perkongsian video tersebut secara tidak langsung membuatkan ramai terhibur dengan keyakinan bapanya.
Malah ada yang mengatakan mungkin bapa Mesa keliru kerana individu sebelumnya dilihat hampir sama dari jarak jauh.