fbpx
Now Reading
Berapa Sebenarnya Gaji Pekerja 99 Speedmart? Ini Penjelasan COO Syarikat

Berapa Sebenarnya Gaji Pekerja 99 Speedmart? Ini Penjelasan COO Syarikat

Menurut COO 99 Speedmart Yong Eng Kwang, pihaknya telah menyemak penyenaraian di portal kerja, Indeed, yang menjadi rujukan para pengguna media sosial dalam mendapatkan amaun gaji purata di syarikatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 99 Speedmart, Lee Thiam Wah mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila diumumkan sudah berstatus ‘billionaire’ selepas kekayaannya meningkat sebanyak RM2 bilion.

Ini selepas syarikat rangkaian kedai serbaneka itu berjaya merekodkan tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Baca artikel berkaitan: Penyenaraian IPO Bernilai RM13.86 Bilion, Pengasas 99 Speedmart Kini Bergelar Billionaire

Namun tidak lama kemudiannya, timbul pula dakwaan yang mengatakan 99 Speedmart tidak memberikan gaji yang setimpal walhal merekalah tulang belakang yang bekerja tanpa henti demi kejayaan syarikat.

Sehubungan itu, kami telah menghubungi Ketua Pegawai Operasi (COO) 99 Speedmart, Yong Eng Kwang bagi mengetahui sejauh mana dakwaan tersebut.

Menurut Yong, mereka telah menyemak penyenaraian di portal kerja, Indeed, yang menjadi rujukan para netizen untuk mengetahui amaun gaji purata di syarikatnya.

Hasilnya mendapati amaun gaji yang disenaraikan adalah berpandukan data lama iaitu lima tahun lalu sekali gus tidak menggambarkan gaji semasa.

Pada ketika ini, pengurus cawangan (branch manager) dibayar purata RM3,300 berdasarkan nilai pasaran. Bagi juruwang (cashier) pula, gaji bersih adalah sekitar RM1,649 ( selepas gaji kasar melebihi RM1,800 ditolak) yakni melebihi gaji minimum di Malaysia sebanyak RM1,500.

COO 99 Speedmart Yong Eng Kwang| Foto: 99 Speedmart.

Pekerja turut menerima pelbagai manfaat

Bukan itu sahaja, kakitangan 99 Speedmart turut menerima beberapa manfaat antaranya kenaikan gaji tahunan, bonus tahunan, dan manfaat perubatan. Terdapat juga peluang pembelajaran dan pembangunan kerajaya di mana pengurus cawangan akan menerima latihan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kakitangan 99 Speedmart juga menikmati faedah tambahan seperti kad SIM percuma dengan data 40GB dan panggilan tanpa had merangkumi semua kakitangan selain disediakan baucar makanan percuma.

Ketika ditanya mengenai waktu bekerja dan gaji sekiranya bekerja lebih masa (O.T), Yong berkata setiap pekerja bertugas mengikut syif. Waktu perniagaan adalah dari 10 pagi hingga 10 malam dan jika mereka dikehendaki bekerja lebih masa, ia dilakukan hasil persetujuan kedua-dua pihak.

Tambahnya lagi di 99 Speedmart, terdapat tiga jenis kadar untuk kerja lebih masa iaitu:

  • Hari Biasa (1.5x ganda gaji)
  • Hari Rehat (2x ganda gaji)
  • Cuti Umum (3x ganda gaji)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.