fbpx
Now Reading
‘Festival Tidur’ IKEA Curi Tumpuan, Ramai Berbaju Tidur Dalam LRT & MRT [Video]

‘Festival Tidur’ IKEA Curi Tumpuan, Ramai Berbaju Tidur Dalam LRT & MRT [Video]

‘Sleep walker’ dari IKEA Malaysia itu dilihat membawa sebuah bantal dengan corak kod QR bersama mereka di dalam MRT laluan Kajang dan LRT laluan Kelana Jaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidur, siapa je tak suka tidur kan? Pantang ada waktu lapang, mesti rasa nak terus lentokkan kepala pada bantal sambil berselubung dengan selimut.

Kalau korang biasa pergi kerja pada awal pagi menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan MRT, perkara biasa yang akan dilihat adalah mereka yang tidur ketika sedang duduk sementara menunggu tiba di destinasi.

Maklumlah, kena bangun awal pagi sebelum tren mula penuh ibarat ‘tin sardin’.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak


‘Sleep Walker’ Selamba Tidur Dalam LRT

Berbicara tentang tidur, baru-baru ini tular video menunjukkan sekumpulan ‘sleep walker’ dari IKEA Malaysia membawa sebuah bantal bersama mereka dan dilihat selamba tidur di dalam LRT.

Macam-macam gaya mereka tidur ya. Ada yang tidur sambil berdiri, baring di atas lantai dan saling bersandar antara satu sama lain di tempat duduk.

Sumber: Tiktok @nenyell

Yang paling best, mereka semua juga memakai baju seperti mana korang nak tidur pada waktu malam. Siap berkain pelikat dan memakai baju kelawar ya!

Dalam video tersebut, pengguna LRT yang melihat aktiviti ‘ tidur’ itu memandang mereka dengan keadaan tertanya-tanya. Mana tak pelik, selamba je duduk atas lantai sambil tidur pada bantal yang dibawa di tengah-tengah tren.

Kalau korang perasan, bantal yang dibawa oleh mereka kesemua mempunyai corak kod QR dan sesetengah daripada pengguna LRT juga dilihat sempat mengimbas kod berkenaan.

@nenyelll

guerilla marketing is sooo back

♬ 365 – Charli xcx

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat ‘Sleep Walker’ Tidur Dalam LRT

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang selepas melihat aksi tular itu yang dilakukan di dalam pengangkutan awam di Malaysia.

Sesetengah netizen memuji teknik pemasaran dari pihak IKEA Malaysia itu dan turut bertanya sekiranya ada yang mahu turut serta menjadi ‘sleep walker’ bagi kempen tidur tersebut.

Selain itu, segelintir masyarakat juga berpendapat bahawa kempen berkenaan tidak digalakkan untuk dilakukan ketika waktu puncak semasa orang ramai mahu pergi dan pulang dari tempat kerja.

“Buat ni time rush hour memang kena,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Apa Sebenarnya Yang Cuba Disampaikan Dalam Kempen IKEA Malaysia Ini?

Sebagai info, ‘sleep walker’ dari IKEA Malaysia yang dilihat di MRT laluan Kajang serta LRT laluan Kelana Jaya itu melambangkan ramai manusia moden yang kekurangan tidur dan mendambakan peluang untuk berehat.

Bersempena dengan Festival Tidur IKEA yang berlangsung di semua gedung IKEA seluruh Malaysia.

Kempen tersebut yang bermula dari 7 September dipenuhi dengan pelbagai akviti seperti:

  • Sambutan ‘Hari Pakaian Tidur’ di IKEA dengan memakai pakaian tidur paling selesa dan tebus sarapan nasi lemak percuma.
  • Mendapatkan petua-petua tentang rehat berkualiti serta ketahui enam elemen tidur yang penting di Bengkel Tidur IKEA yang dikendalikan oleh pakar tidur.
  • Mencabar diri dalam Pertandingan Tidur Siang setiap dua minggu dan juara akan membawa pulang pelbagai hadiah hebat
  • Ahli IKEA Family berpeluang menikmati tawaran yang eksklusif dan hebat untuk produk, makanan, dan promosi rakan kongsi.

Selain pelbagai aktiviti yang dianjur, pengunjung boleh bertemu dengan beberapa influencer di lokasi berbeza:

  • Arwind Kumar dan Joseph (IKEA Damansara)
  • Graeme dan Ming Yue dari Sip & Spill (IKEA Cheras)
  • Sai dari Wabikong dan Dennis Lim Ming (IKEA Batu Kawan)

Untuk lebih lanjut mengenai festival ini, boleh klik [DI SINI].

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.