Luahan Rindu Ibu Dalam Diari Tentang Anak Perempuan Yang Sudah Tiada Buat Ramai Sebak
Menerusi diari tersebut, si ibu turut meluahkan anaknya begitu semangat meskipun diuji dengan sakit malah mempunyai impian untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehilangan seseorang individu yang disayangi dalam hidup merupakan satu perkara yang sukar untuk diterima apatah lagi jika insan yang pergi itu adalah anak sendiri.
Meskipun reda dengan pemergian insan tersayang namun rasa rindu yang menghimpit jiwa sukar untuk diluahkan kerana individu tersebut tidak lagi ada di dunia.
Oleh itu, ada yang memilih untuk meluahkan isi hati dan titipan doa menerusi coretan dalam diari.
Ibu luah rasa rindu pada anak yang sudah tiada menerusi catatan diari
Perkara sama turut dilakukan oleh ibu kepada seorang wanita ini sehingga membuatkan si anak sebak membacanya.
Menerusi carousel yang dimuat naik oleh Aten Fadzli di TikTok, dia secara tidak sengaja telah terbaca diari milik ibunya.
Ibu luah rasa rindu pada anak yang sudah tiada di dalam diari
Di dalam diari itu, si ibu meluahkan rasa rindu kepada anak perempuannya, Nurul Izzati yang sudah meninggal dunia.
Difahamkan adik-beradik kepada Aten itu telah meninggal dunia pada 28 November 2019.
Si ibu turut memaklumkan pemergian anak tersayangnya itu adalah pada hari mulia iaitu Jumaat ketika dia berusia 17 tahun.
“Pergimu membawa sebuah keinginan yang tidak kesampaian iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) batch 2002 pada 2019,” katanya.
Doa Allah berikan taman syurga pada anak, sifatkan arwah seorang yang baik
Si ibu juga berdoa agar Allah SWT memberikan sebuah taman syurga buat putrinya dan menyifatkan arwah merupakah seorang anak yang baik dan sentiasa disenangi orang ramai.
“Ibu sangat beruntung memilikimu Izzati, ketahuilah yang Izzati selalu ada di hati ibu. Takkan pernah padam. Moga anak ibu tenang di sana,” tulisnya dalam diari tersebut.
Arwah hidap penyakit SLE
Difahamkan arwah sebelum ini menghidap penyakit Sistemic Lupus Erythematosus (SLE) dan bergelut dengan penyakit itu sejak 2018 sebelum akhirnya meninggal dunia.
Si ibu bagaimanapun menyifatkan pemergian si anak sebagai noktah kesengsaraannya dan digantikan dengan kebahagian di syurga. Malah dia mengagumi semangat anaknya serta menghalalkan setiap titik susu yang diberikannya kepada anak tersayang.
“Ibu rindu kamu sampai bila-bila. Kau sungguh istimewa, kau anak yang baik, anak yang solehah. Anak yang tiada tolok bandingan dengan orang lain.
“Tahap kesabaran yang tinggi, lemah lembut tutur bicara. Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosanya. Aku halalkan air susuku padanya. Aku halalkan makan minumnya. Terima kasih ya Allah hadirkan anak yang istimewa seperti dia.
“Rindu yang berpanjangan.”
Turut tulis setiap perjalanan arwah jalani rawatan sehingga waktu meninggal dunia
Malah dalam satu lagi catatan di dalam diari tersebut, si ibu turut menulis setiap perjalanan anaknya ketika menerima rawatan sehinggalah ke detik anaknya menemui Sang Pencipta.
“Tak sengaja terbaca diari ibu, ya Allah berjurai-jurai air mata ni sebak sangat. Segala benda yang ibu rasa ibu hanya mampu luah dalam sebuah buku. Seorang ibu yang melahirkan anaknya setelah 9 bulan dalam kandungan akhirnya pergi.
“Betapa rindunya ibu kepada anaknya, kasih sayangnya yang tak akan pernah pudah. Al-Fatihah untuk bidadari syurga kami,” kata Aten dalam kapsyennya.
Untuk makluman penyakit SLE merupakan sejenis penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan menyerang sel dan organ dalaman.
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut meluahkan rasa sedih serta berkongsi mereka juga ada kehilangan rakan, ahli keluarga yang menghidap SLE.