fbpx
Now Reading
GISBH Ada Kaitan Dengan Kumpulan Arqam? Ini Sejarah Penubuhannya

GISBH Ada Kaitan Dengan Kumpulan Arqam? Ini Sejarah Penubuhannya

GISB Holdings adalah penjenamaan semula Rufaqa Corp yang merupakan Kumpulan Arqam sebelum itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, Global Ikhwan Sdn Bhd atau Global Ikhwan Services and Business Holding Sdn Bhd (GISBH) menjadi antara topik utama pengguna media sosial selepas didakwa terkait dengan ajaran sesat.

Lebih mengejutkan semalam (11 September), media melaporkan bahawa syarikat tersebut didakwa terlibat dalam jenayah mengeksploitasi kanak-kanak di rumah amal miliknya.

Pihak GISB walau bagaimanapun menafikan segala dakwaan tersebut dan bersetuju untuk memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

GISBH Dari Cabang Perniagaan Al-Arqam

Dakwaan GISBH terkait dengan ajaran sesat mungkin timbul berikutan ia merupakan serpihan Kumpulan Arqam yang diasaskan oleh Allahyarham Ashaari Muhammad.

Malah memetik FMT, Ashaari Muhammad adalah pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd sebelum ditukar nama kepada GISB Holdings.

Berdasarkan kepada hantaran Facebook oleh GISB Holdings Sdn Bhd, Global Ikhwan sememangnya diasaskan daripada sisa-sisa Kumpulan Arqam, iaitu cabang perniagaan gerakan Al-Arqam.

Sebagai info, Al-Arqam telah diisytiharkan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994. Malah pengasasnya sebelum ini pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kumpulan Arqam Dijenamakan Semula 2 Kali

Sebelum didaftarkan sebagai GISB Holdings dengan nama syarikat Global Ikhwan, Kumpulan Arqam telah dijenamakan semula menjadi Rufaqa Corp.

“Kumpulan tersebut telah dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Cawangan Khas polis, tetapi khabar angin negatif masih wujud dalam komuniti agama,” kata Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin Mohd Ali dipetik Malaysia Reserve.

Berdasarkan kepada laman web GISB Holdings, syarikat itu diasaskan dengan tujuan untuk membangunkan cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk pendidikan, seni budaya dan penternakan haiwan.

Menurut kenyataan tersebut, asas cara hidup Islam adalah menjadikan Allah SWT sebagai Cinta Pertama, yang disayangi dan ditakuti.

Terdapat 25 Anak Syarikat Di Bawah GISBH

Setakat Ogos 2024, konglomerat swasta Muslim ini mempunyai aset sekitar RM325 juta dengan 415 cawangan perniagaan di 20 buah negara termasuk United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Perancis.

Sumber: GISBH

“Kumpulan ini menggaji 5,346 kakitangan di bawah 25 anak syarikatnya. Antara aset yang berharga termasuklah oasis gurun di Arab Saudi, restoran di London, Paris, Istanbul, Dubai dan Makkah, penginapan di Turki, hotel di Sarajevo dan ladang seluas 120 ekar (48.56ha) di Perth,” menurut Malaysia Reserve.

25 anak syarikat di bawah GISB Holdings tersebut adalah:

  • GISB Mart Sdn Bhd
  • GISB Bakery, Restaurant & Catering Sdn. Bhd.
  • GISB Industries Sdn Bhd
  • GISB Distributor Sdn Bhd
  • GISB Medicare Sdn Bhd
  • GISB Event Management Sdn Bhd
  • GISB Consultancy and Services Sdn Bhd
  • GISB Travel & Tours Sdn Bhd
  • GISB Hi Tech Sdn Bhd
  • GISB Maritime Sdn Bhd
  • GISBH Berbahagia Sdn Bhd
  • Ikhwan Biotechnology Sdn Bhd
  • Ikhwan TV Network Sdn Bhd
  • GISB Academy Sdn Bhd
  • GISB Security Services Sdn Bhd
  • Permodalan Berjiwa Sdn Bhd
  • GISB Aeilah Mart Sdn Bhd
  • GISB Poultry Sdn Bhd
  • Ikhwan Meat & Chicken Supplies Sdn Bhd
  • Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd
  • Ikhwan Hatchery Sdn Bhd
  • Ikhwan Perkasa Genetik Sdn Bhd
  • Fateh Biotech Sdn Bhd
  • Ikhwan Travel Marketing & Services Sdn Bhd
  • GISB Properties & Development Sdn Bhd
Sumber: GISBH

Baca Artikel Berkaitan: Polis Serbu Rumah Amal Milik GISB, Kanak-Kanak Didakwa Diajar Meliwat & Diliwat

Baca Artikel Berkaitan: GISBH Nafi Terlibat Ajaran Sesat, Akan Beri Kerjasama Kepada Polis & Jakim

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.