Linda Onn Tak Setuju Dengan Penggunaan Bahasa Rojak Di Radio Masa Kini [Video]
Jelas Linda Onn, dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon atau pelawak yang menjadi penyampai radio kerana baginya keadaan itu berlaku mungkin daripada permintaan pendengar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa yang tidak kenal dengan bekas penyampai radio wanita yang pernah popular satu ketika dahulu, Linda Onn?
Kepetahan dan kehebatan Linda atau pemilik nama sebenar Rozlindah Onn ketika menjadi penyampai radio pernah menjadi bualan dan perhatian ramai. Bahkan, dia juga pernah merangkul anugerah Penyampai Radio Wanita Popular (ABPBH) lebih beberapa kali.
Tanyalah kepada mana-mana individu yang membesar dengan mendengar suaranya, pasti ada terbit sedikit rasa rindu untuk mendengar celoteh Linda yang kini merupakan seorang usahawan.
Antara yang paling diingati adalah penggunaan bahasa Linda yang sukar untuk ditemui pada penyampai radio ketika ini.
Pernah Ditegur Bos Hanya Kerana Campur Adukkan Bahasa
Menceritakan pengalaman kerjaya yang menaikkan namanya itu, Linda menerusi satu sedutan video temubual audio siar (podcast) mendedahkan pernah ditegur hanya kerana penggunaan bahasa yang salah.
Melalui sedutan video podcast yang dimuat naik di TikTok @yousyudknow, Linda mendedahkan perkara itu ketika ditanya pendapat tentang orang ramai yang semakin bosan dengan radio.
Jelas Linda, dia tidak mempunyai masalah dengan pelakon atau pelawak yang menjadi DJ radio kerana baginya keadaan itu berlaku mungkin daripada permintaan pendengar.
Namun, dia tidak berapa setuju dengan penggunaan bahasa yang diguna dalam radio pada ketika ini.
“Cuma saya concern tentang penggunaan bahasa. Dulu, kalau saya cakap dalam satu ayat dalam Bahasa Melayu, kemudian saya campur adukkan dengan Bahasa Inggeris, bos telefon eh.
“Kena jerit-jerit taw, ‘What’s wrong with you? Why? You cakap in one sentence in Malay lepas tu I tanya you masuk Inggeris why? You can do all that off air, off radio, not with your listeners’.
“Lepas marah kena email lagi. Sebab tu bahasa kita jaga. Dia (bos) cakap ‘no korang, no diorang, no aku, no engkau, kena ingat, pendengar kita ni kita tak tahu pak menteri ke, Perdana Menteri, kolar biru, kolar putih ke, semua dengar’.
“Itu yang kita jaga tutur kata kita, kalau saya termasuklah dalam satu ayat tu Bahasa Melayu, saya termasuk Bahasa Inggeris satu perkataan je, ‘call’ je, ‘jangan lupa call saya’, pun tak boleh.
“Saya memang tak pakai aku kau kalau dekat radio. ‘Korang’ pun tak boleh. Awak, anda, saya, mereka. Banyak la yang dia (bos) jaga,” kata Linda.
Turut Dedah Etika Lain Penyampai Radio Satu Ketika Dahulu
Tambah Linda, dia turut mendedahkan adab dan etika yang perlu dipatuhinya ketika menjalankan kerjayanya pada waktu dulu.
“Kalau intro lagu, penyanyi tengah menyanyi tak boleh cakap atas nyanyian, kalau ada bridge tu kan, tak boleh cakap in between, cuma penggunaan bahasa sekarang inilah yang saya rasa itu tak dapat dikawal sekarang.
“Sebab Kudsia Kahar tak de,” jelasnya.
Pengguna Media Sosial Setuju, Penyampai Radio Patut Guna Bahasa Yang Betul
Video yang telah mendapat lebih 249 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Linda tentang kepentingan bahasa dalam penggunaan radio pada masa kini.
Mereka berpendapat penggunaan bahasa oleh penyampai radio masa dahulu lebih tertib jika dibandingkan dengan sekarang.
Namun, ada juga yang merasakan perubahan itu perlu seiring dengan peredaran zaman asalkan ianya difahami.
Tonton video penuh di sini:
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Setuju, Penggunaan Bahasa Radio Sekarang Terlampau Santai. Bahasa Pengaruh Budaya”
“Zaman Bila, Pendengar Sekarang Okay Je Dengar, Ikut Zamanlah”
“Saya Setuju Dengan Linda, Tutur Kata Yang Sopan & Beradab Lebih Mencerminkan Diri Kita Sebagai Rakyat Malaysia”
“Masa Berubah”
“Saya Suka DJ Guna Bahasa Melayu Yang Standard. Untuk Didik Pendengar Kuasai Bahasa Yang Betul”
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Gaji Bekas Penyampai Radio RM45,000, Ini Jawapan Linda Onn
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Ulang!”- Lawak KJ Bersama Penyampai Radio Swasta Undang Kritikan Pengguna X [Video]