Tindakan Rider Maklum Pelanggan Makanan Yang Dibeli Didakwa Dari Kedai Non-Halal Jadi Perhatian [Video]
Namun, respon pelanggan wanita itu yang mengiyakan dan tidak terkejut dengan apa yang diberitahu nyata mengejutkan penghantar makanan yang dikenali sebagai Amir.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Makanan halal merujuk kepada produk yang bebas daripada sumber najis bermula dari segi penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan.
Ringkasnya, makanan halal yang bakal dinikmati oleh orang Islam perlu bersih dan selamat untuk dimakan.
Oleh sebab itu, setiap muslim diwajibkan untuk memastikan hidangan dinikmati adalah dari sumber halal dan tidak mengambil makanan seperti yang diharamkan dalam al-Quran
Malah, sudah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menegur sekiranya ada individu yang melakukan kesilapan khususnya melibatkan pengambilan makanan halal ini.
Tegur Pelanggan Kerana Beli Makanan Yang Didakwa Dari Kedai Tak Halal
Begitulah yang dilakukan oleh seorang penghantar makanan apabila menegur pelanggannya yang didakwa membeli hidangan dari kedai non-halal.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @amir.d.luffy, dia berkongsikan saat di mana dia menghubungi pelanggannya bagi memaklumkan status makanan tersebut.
“Akak, saya nak tanyalah, kedai yang akak order ni dah biasa beli eh, dah banyak kali ke?
“Order akak ni sebenarnya saya pickup dekat kedai non-halal, Cina,” kata penghantar makanan itu.
Pelanggan Dah Biasa Beli Dari Kedai Sama
Namun, respon pelanggan wanita itu yang mengiyakan dan tidak terkejut dengan apa yang diberitahu nyata mengejutkan penghantar makanan yang dikenali sebagai Amir.
Jelas Amir kepada wanita berkenaan, dia memaklumkan perkara itu kerana tidak mahu menanggung dosa.
Walau bagaimanapun, wanita itu seolah-olah tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Amir dan terus memintanya untuk meletakkan makanan tersebut di kotak yang disediakan di hadapan rumah.
Turut Maklumkan Pelanggan Kebocoran Plastik
Pada masa yang sama, Amir turut memaklumkan kepada pelanggannya itu bahawa terdapat kebocoran pada plastik makanan berkenaan hingga menyebabkan makanan itu tertumpah.
Kedengaran wanita itu tidak kisah dengan apa yang berlaku malah dia turut memaklumkan adiknya ada di rumah bagi mengambil makanan tersebut.
Difahamkan, menu yang dibeli oleh pelanggan itu adalah sup ikan. Namun, tidak dinyatakan non-halal yang dimaksudkan oleh penghantar makanan berkenaan dari segi bahan penyediaan atau kedai itu dimiliki oleh golongan non-muslim.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 750,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan pemuda berkenaan berani menegur pelanggan yang didakwa membeli makanan dari kedai non-halal.
Walau bagaimanapun, ada pengguna media sosial yang berpendapat kemungkinan pelanggan berkenaan bukanlah seorang muslim atau tidak mengetahui kedai terbabit berstaus tak halal.
Namun, komen tersebut disangkal oleh rider itu kerana menurutnya nama pelanggan berkenaan sama seperti orang Melayu dan dia juga menjawab salam.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Saya Harap Saya Jumpa Rider Macam Ni, Sebab Tempat Saya Ni Ragu-Ragu, Kedai Non-Halal Ke Tak Halal Ke Tak Tahu”
“Rider Muslim Boleh Bawa Makanan Non-Halal Ke?”
“Dia Beli Untuk Orang Gaji Dia Yang Bukan Agama Islam Kot”
“Yang Rider Ambil Hantar Pun Sama Tu Macam Mana Gajinya Tu”
“Alhamdulillah, Kalau Ramai Orang Macam Awak Ni, Insya-Allah, Selamat Dunia Akhirat”
“Kedai Tu Non-Halal Sebab Ada Jual Pork/Alkohol/Menu Tidak Halal Atau Sebab pemilik Cina?”
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal
Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Perlu Lebih Peka & Cakna Tentang Status Halal Restoran, Kata Pakar
Baca Artikel Berkaitan: Isu Budak Termakan Daging Babi Selepas Rider Tersalah Hantar Makanan, foodpanda Jalankan Siasatan