Wanita Kongsi Suasana Sebenar Ketika Siaran Langsung TikTok Buat Ramai Teruja [Video]
Menerusi video yang ditunjukkan, kelihatan lebih daripada 10 orang individu sedang membuat siaran langsung secara serentak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat pengguna TikTok, setiap kali menggunakan aplikasi itu pasti anda perasan sesi siaran langsung atau live yang dikendalikan oleh individu menjual sesuatu produk.
Dalam sesi tersebut, individu yang dikenali sebagai live host atau hos akan ‘memujuk’ pelanggan bagi membeli produk jualan mereka dengan harga yang amat murah.
Apatah lagi, kebanyakan produk yang dijual dalam siaran langsung tersebut terkenal dengan harga agak mahal jika dibeli di luar.
Oleh sebab itu, kadangkala ada pengguna media sosial teracun dengan pujukan live host dengan membeli produk yang ditawarkan.
Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana suasana sebenar sesi siaran langsung tersebut?
Rupanya Dibuat Pada Waktu Sama
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang juga merupakan hos siaran langsung di platform itu, dia berkongsikan suasana sebenar di sebalik sesi berkenaan.
Menerusi video yang ditunjukkan di akaun TikTok @ciksarahdalili, kelihatan lebih daripada 10 orang individu sedang membuat siaran langsung secara serentak.
Pada ketika itu, dapat dilihat kesemua mereka berada di dalam satu bilik bagi mempromosikan barang atau produk masing-masing.
Pelbagai Produk Keluarga Dijual Dalam Siaran Langsung
Apa yang turut menjadi perhatian adalah kesemua barangan yang dijual adalah berbeza penggunaannya bagi setiap peringkat umur.
Ada hos yang mempromosikan minyak wangi, sabun basuh baju, produk kecantikan, barangan bayi seperti pampers dan sabun mandian.
Malah, lebih menarik ada juga yang dilihat sedang mempromosikan barang dan peralatan rumah seperti kabinet dapur, rak dan bekas makanan.
Difahamkan pada ketika itu, kesemua hos siaran langsung berkenaan sedang giat mempromosikan barang sempena kempen jualan 9.9.
“Done perang 9.9,” tulisnya.
Rupanya Ada 17 Bilik Siaran Langsung, Diasing Mengikut Zon
Menerusi video berasingan, wanita itu turut mendedahkan lokasi berkenaan rupanya mempunyai 35 bilik siaran langsung yang diasingkan mengikut zon.
Apa yang membezakan bilik itu adalah dari segi keluasan serta produk yang dijual.
Pada video yang ditunjukkan, zon kedua dan ketiga dilihat memasarkan produk keluarga yang bersaiz besar serta mendapat permintaan tinggi antaranya seperti baju dan produk kecantikan wanita, bagasi serta barangan bayi.
Pengguna Media Sosial Teruja, Ramai Suarakan Mahu Jadi Live Host
Video yang telah mendapat lebih 430,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa kagum dan teruja melihat suasana sebenar sesi siaran langsung berkenaan.
Malah, ada yang tidak menyangka live yang mereka lihat selama ini di TikTok rupanya dilakukan pada masa dan tempat yang sama.
Ada juga pengguna media sosial yang menyuarakan hasrat untuk bekerja ditempat sedemikian.
Menerusi video berasingan yang lain, wanita berkenaan mendedahkan, syarikat dia bekerja bukan sahaja mencari live host tetapi turut mencari pekerja yang boleh membungkus parcel.
Dia menjelaskan sekiranya ada yang berminat, mereka boleh datang ke Store N Go yang terletak di Seksyen 32, Shah Alam, Selangor.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Lah, Baru Tahu, Live Sebelah-Sebelah Je Rupanya”
“Dah Serentak Live, Akak Nak Tengok Yang Mana Satu, Sabun Nak, Skincare Nak, Almari Pun Nak”
“Semoga Dipermudahkan Urusan Semua, Bukan Senang Jadi Live Host”
“Wahh Kalau Saya Dekat Situ Mesti Lagi Semangat Bila Semua Orang Bersemangat Buat Kerja”
“Store N Go Cari Lagi Live Host Tak”
Baca Artikel Berkaitan: