fbpx
Now Reading
Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Ini Pulangkan Semula Sampah Dibuang Penumpang Kereta Plat Singapura [Video]

Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Ini Pulangkan Semula Sampah Dibuang Penumpang Kereta Plat Singapura [Video]

Lelaki itu telah keluar dari kenderaannya ketika sedang berhenti di jalan yang sesak lalu mengutip dan memulangkan semula sampah dibuang oleh penumpang kereta dengan nombor plat dari Singapura.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, kebersihan merupakan antara aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh semua golongan masyarakat. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kawasan sekitar tercemar dengan kekotoran.

Pun begitu, masih ada di kalangan individu yang tidak mempunyai kesedaran tentang hal ini dan menjadi punca pencemaran alam berlaku.

Sebagai contoh sebelum ini, pengunjung konsert Coldplay, Music Of The Spheres World Tour dikecam selepas meninggalkan sampah berlonggokkan di sekitar Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Difahamkan, sampah sarap tersebut merupakan sisa-sisa makanan milik para peminat yang sedang menunggu giliran untuk memasuki pintu utama ke konsert.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa


Lelaki Kutip Semula Sampah Dibuang Oleh Pemandu Kereta

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ricxxxkiddo) menyaksikan satu situasi yang berlaku di sebuah jalan raya.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berjalan menuju ke sebuah kereta berwarna hitam dengan nombor plat dari Singapura lalu mengutip sampah yang dipercayai dibuang oleh pemandu kenderaan tersebut.

Lelaki yang juga pemandu kereta Perodua jenis Axia itu kemudian memasukkan sampah berkenaan ke dalam kereta hitam tersebut menerusi tingkap yang terbuka.

Tanpa menimbulkan kekacauan, pemandu Axia itu kemudian memasuki semula ke keretanya selepas bertindak melakukan perkara terbabit.

“Aku rasa dah boleh normalisasikan benda ni. Nampak je orang buang sampah keluar dari kereta terus buat macam lelaki ni. Good move” kata pemilik akaun X dikenali sebagai Amighul.


Individu Buang Sampah Luar Kenderaan Boleh Didenda & Dipenjara

Untuk makluman semua, pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah keluar dari kenderaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara maksimum selama enam bulan.

Jika kesalahan sama berulang, pelaku boleh didenda maksimum RM4,000 atau penjara tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya. Hal ini kerana, perbuatan tersebut menyalahi undang-undang Kaedah 52 Lalu Lintas Jalan 1959.


Ramai Berang Dengan Tindakan Tak Bertanggungjawab Si Pelaku

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai pengguna X di ruangan balas. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pemandu Axia.

“Sebenarnya abang buat perkara yang betul. Langkah yang sangat baik, kebersihan tu sangat penting,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa seseorang individu perlulah menunjukkan tingkah laku baik apabila berkunjung ke negara orang lain.

“Kasi viral sampai Singapura. Baru tahu orang Malaysia walaupun sopan santun dan baik hati tetapi garang serta tegas. Jangan datang negara orang kalau tak ada adab, terus jadi pengotor,” ujar seorang individu.

Sementara itu, segelintir individu juga memberi peringatan untuk menyimpan sampah masing-masing sehinggalah menjumpai tong sampah.

“Beli je lah tong sampah kereta tu atau sampai destinasi, cari (tong sampah). Apa yang susah sangat entah nak jaga kebersihan. Ingat tukang sapu jalan tu dibayar RM5,000 sebulan ke?” jelas seorang wanita.

Sumber: X (@ricxxxkiddo)

Baca Artikel Berkaitan: “Susahkan Hidup Orang!” – Penghuni Flat Enggan Buang Sampah Dalam Tong Disediakan Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.