fbpx
Now Reading
Wanita Naik Kereta Plat Singapura Tahan Kereta Guna Badan Semasa Tukar Lorong [Video]

Wanita Naik Kereta Plat Singapura Tahan Kereta Guna Badan Semasa Tukar Lorong [Video]

Tindakan wanita berdiri di depan kenderaan pemilik dashcam agar di berikan laluan untuk masuk ke lorong berkenaan menarik perhatian ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beratur dengan betul adalah adab yang perlu diamalkan setiap pengguna jalan raya khususnya ketika sedang menunggu giliran di tol, lampu isyarat dan sebagainya.

Oleh itu, sekiranya ada kenderaan yang ingin memasuki sesebuah lorong yang mempunyai barisan panjang mereka perlu bersabar dan cuba masuk secara perlahan-lahan serta mengangkat tangan sebagai tanda maaf atau mohon kerjasama.

Wanita selamba keluar kereta tahan kenderaan lain sebab nak masuk lorong beratur

Namun berbeza dengan seorang wanita dipercayai dari Singapura ini apabila dia dilihat dengan selamba keluar dari kereta Toyota Prius untuk menahan kenderaan lain menggunakan badannya sebagai ‘human shield’ agar diberikan laluan.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan di Facebook, awalnya kelihatan wanita tersebut telah keluar dari tempat duduk sebelah kiri dan berjalan di hadapan kenderaan pemilik dashcam.

Siap berdiri depan kenderaan dashcam sebab tak bagi jalan

Sebaik sampai di hadapan kereta pemilik dashcam, dia dilihat cuba menghalang kereta tersebut dari berjalan dengan berdiri di hadapannya.

Malah dia dilihat enggan berganjak meskipun pemilik dashcam bergerak ke depan sehinggalah pemandu Toyota Prius bernombor pendaftaran Singapura berjaya memasuki lorong terbabit.

Dilihat masih membebel selepas kereta berjaya masuk lorong yang sedang beratur

Apabila kereta Toyota Prius itu berjaya memasuki lorong berkenaan, wanita itu dilihat dengan segera masuk ke dalam kereta sambil membebel ke arah pemilik dashcam.

Menerusi tarikh yang tertera di dalam video berkenaan, difahamkan insiden itu berlaku pada 15 September lalu dan tidak dapat dipastikan adakah pemilik dashcam juga bernombor plat Singapura atau sebaliknya.

Selain itu, lokasi kejadian juga tidak dapat diketahui. Video sama turut tular di laman X dah mendapat perhatian ramai pengguna platform itu.

Melihat di ruangan balas, ramai yang turut berang apabila melihat tindakan wanita tersebut. Malah ada yang mengatakan dia sepatutnya memberikan lampu isyarat jika ingin memasuki lorong dan bukan menahan kenderaan di jalan raya.

“Aduh nenek ni siapa ajar ya? Lesen mana dia belajar”

“Kreatif betullah orang Singapura ni, suruh bini keluar tahan kereta dashcam supaya boleh potong barisan. Cuba buat depan lori trelar, aku nak tengok kesimpulannya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.