Wanita Terkejut Beli Sebekas Buah Potong Harga RM32 [Video]
Menurut Zatul dia maklum harga untuk 100 gram buah berharga RM3.50 dan mengambilnya seperti yang diterangkan dalam video.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buah merupakan salah satu makanan yang sihat dan bagus, ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat dan juga vitamin untuk badan manusia.
Ada yang gemar membeli buah-buahan yang belum dipotong dan ada juga segelintir dari kita lebih memilih membeli buah-buahan yang sudah sedia dipotong.
Malah buah-buahan yang sudah dipotong ini memudahkan orang ramai kerana ia sudah siap dibasuh dan boleh terus dimakan sebaik membelinya.
Wanita beli buah potong terkejut dengan harga di cas
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Zatul turut melakukan perkara yang sama apabila dia membeli buah potong sewaktu berkunjung ke sebuah acara.
Apa yang lebih menarik, buah potong yang dibelinya itu adalah buah cedok – campuran pelbagai jenis buah-buahan yang mengikut kehendak pelanggan.
Oleh itu, dia memilih untuk mengambil buah jenis jambu batu setengah biji, jambu air dua biji, nenas satu potong besar, buah pelam atau mangga epal satu potong.
Buah-buahan yang dibelinya dalam sebuah bekas yang dipercayai bersaiz sederhana itu juga disira dengan kuah serta kekacang seperti rojak.
Buah potong berharga RM32
Namun apa yang membuatkan wanita tersebut terkejut harga untuk sebekas buah potong yang diambilnya itu berharga RM32.
“Beli buah dekat acara, ceduk-ceduk (jambu batu 1/2, jambu air 2 biji, nenas 1 potong, buah pelam 1 potong, buah pelam epal 1 potong). Kira-kira sebekas ni RM32, terkejut kita,” ujarnya dalam video tersebut.
Namun di ruang kapsyen, Zatul menjelaskan meskipun sudah dicas mahal tetapi dia tetap membeli buah-buahan potong setiap kali pergi ke mana-mana acara.
Di dalam komen, Zatul menjelaskan dia maklum harga untuk 100 gram buah berharga RM3.50 dan mengambilnya seperti yang diterangkan dalam video.
“…Kena RM32 tu ibarat saya ambil buah untuk 1 kilogram (berat) harganya,” kata Zatul lagi.
Ramai luah pernah berdepan situasi sama
Melihat di ruang komen, ramai yang meluahkan mereka juga pernah berdepan situasi sama apabila dicas pada harga yang tak masuk akal atau mahal apabila membeli di acara seperti festival makanan dan sebagainya.