“Banyak Kes Macam Ni” – Wanita Dakwa Pengemis Di Wangsa Maju Guna Proton X50 Raih Perhatian [Video]
Wanita dikenali sebagai Mairah itu berkata, makcik yang memandu kereta Proton X50 tersebut meminta derma sekitar Wangsa 118, Wangsa Maju dari waktu pagi sehinggalah petang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Situasi di mana seseorang meminta derma di khalayak ramai bukanlah satu perkara baru lebih-lebih lagi di kawasan yang sibuk. Kebiasaannya, bantuan ini diberikan kepada mereka yang betul-betul tidak mampu bekerja atas faktor kekurangan upaya fizikal.
Pun begitu, ada juga segelintir pihak yang bertindak menipu orang ramai bagi kepentingan diri sendiri. Seperti sebelum ini, seorang pengemis di Kaherah, Mesir menggunakan modus operandi berkenaan untuk mengumpul harta.
Dia turut berlakon kehilangan kaki sehingga terpaksa berjalan menggunakan kerusi roda. Hasil siasatan mendapati wanita tersebut hanya berpura-pura menjadi kudung dan bergelar OKU untuk meraih simpati.
Baca Artikel Berkaitan: Taktik Licik! Berlakon Kudung & Mengemis, Rupanya Ada 5 Buah Rumah Dengan Harta Menimbun
Wanita Dakwa Pengutip Derma Guna Kereta Proton X50
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@diamondmairah) apabila seorang wanita dikenali sebagai Mairah berkongsi satu situasi yang berlaku sekitar kawasan kedai di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Menurut Mairah, seorang wanita dilihat sedang mengutip dan meminta derma daripada orang ramai yang berkunjung di sana termasuklah dalam kedai makan. Namun perkara yang mengudang perhatian adalah Mairah mendakwa makcik berkenaan menggunakan kereta jenis Proton X50.
“(Pakai) kereta X50 lagi ‘mahsyuk’ dari aku. Tapi minta sedekah dekat situ,” ujar si perakam video.
Tambah Mairah di ruangan komen, makcik yang meminta sumbangan itu berada di kawasan tersebut sejak 9.30 pagi sehinggalah menjelang waktu petang.
“Korang update, pukul 2 tadi dia dah habis kerja. 9.30 pagi hingga 2 petang shift dia dah habis dekat Wangsa Maju ni,” kata Mairah.
@diamondmairah Senang kau buat duit makcik tua
♬ original sound – MommyFaleeq
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pengemis Guna Proton X50
Menjengah ke ruangan komen, segelintir individu berkata mereka tidak percaya untuk memberikan sumbangan wang kepada orang yang tidak dikenali.
“Sebab tu aku skeptikal nak bagi sedekah dekat peminta sedekah macam ni. Saya lebih suka beri dekat orang-orang yang kerja macam petugas pembersihan, rider penghantar atau orang yang berniaga di tepi jalan,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ada juga berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi lebih kurang sama.
“Dekat Kuantan ada makcik datang naik Vellfire pagi-pagi. Dia duduk depan CIMB minta sedekah. Kejadian betul-betul depan mata, ujar seorang pengguna TikTok.
Malah ada juga individu yang memberi saranan agar menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan berbanding dengan pemberian wang tunai.
“Kalau tak nak kena tipu bila ada orang minta sedekah, tanya je (dia minta) untuk makan atau sebaliknya. Kalau tak ada duit untuk makan, terus belikan makanan untk dia,” jelas seorang warganet.
ADUN Skudai Nasihat Orang Ramai Selidik Sebelum Beri Sedekah
Terdahulu, pernah juga tular satu kes menerusi laman X (Twitter) apabila seorang pengemis wanita didakwa menggunakan kereta jenis Honda CRV.
Difahamkan wanita tersebut tertangkap dengan seorang lelaki selepas dirinya selesai mengemis di sesuatu kawasan. Lebih mengejutkan, kereta itu juga mempunyai pelekat kenderaan kediaman banglo dan semi-D di sebuah kawasan elit sekitar Kuala Lumpur.
Cakna mengenai isu terbabit, ADUN kawasan Skudai Marina Ibrahim menerusi ciapan di laman X (@Marina_Ibrahims) berkata adalah penting untuk menyelidik terlebih dahulu sebelum menghulurkan sumbangan wang kepada seseorang bagi mengelakkan aktiviti scam berleluasa.
Jelasnya, pemikiran sesetengah individu yang bersangka baik selain menyerahkan urusan pengemis bersama Tuhan adalah satu konsep yang salah.
Baca Artikel Berkaitan: Pengemis Pandu Honda CRV: Marina Ibrahim Minta Orang Ramai Selidik Sebelum Sedekah
Baca Artikel Berkaitan: Pengemis Jalanan Di Filipina Dah Semakin Maju, Guna Imbasan Kod QR Minta Sedekah