“Dah Macam Cinderella 2.0” – Tumit Kasut Graduan Tercabut Atas Pentas Bikin Ramai Geli Hati [Video]
Tumit kasut tinggi milik graduan dikenali sebagai Yuhaines Batrisyia itu secara tiba-tiba tercabut di atas pentas sewaktu menerima skrol di Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-99.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, majlis konvokesyen merupakan salah satu momen yang ditunggu-tunggu buat mereka yang pernah bergelar penuntut universiti atau kolej.
Bagi memastikan segala urusan pada hari tersebut berjalan dengan lancar, ramai di kalangan graduan akan membuat persiapan awal khususnya bagi golongan wanita sebagai contoh menyediakan baju kurung baru yang sepadan dengan warna jubah, menempah MUA (jurusolek) dan banyak lagi.
Mana tidaknya, hari graduasi bukanlah satu majlis yang sering dilalui oleh orang ramai. Ada di antara kita yang hanya merasai detik itu sekali sahaja seumur hidup.
Tumit Kasut Graduan Tercabut Ketika Menerima Skrol Atas Pentas
Baru-baru ini, tular satu hantaran mencuit hati di laman TikTok (@uitm_channel) menyaksikan rakaman siaran langsung Istiadat Konvokesyen UiTM (Universiti Teknologi MARA) yang ke-99.
Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa orang graduan wanita sedang berjalan di atas pentas bagi mengambil skrol mereka.
Kebiasaannya, graduan-graduan ini akan mula fokus mendapatkan ‘angle’ masing-masing semasa sudah berada di atas pentas, agar foto yang diambil oleh jurugambar bertugas akan sempurna.
Tetapi lain pula terjadi kepada seorang gadis dikenali sebagai Yuhaines Batrisyia apabila tumit kasut tingginya secara tiba-tiba tercabut sebaik menerima skrol di tangan.
Masih Tersenyum Walaupun Tumit Kasut Sebelah Dah Hilang
Kalau tonton sendiri video berkenaan, pasti anda akan terhibur melihat tumit yang terletak elok atas pentas tersebut. Banyak-banyak waktu tumit kasut nak tercabut, masa itu juga perkara ini berlaku ya.
Tanpa berasa cemas atau kalut, Yuhaines kemudian berlalu pergi dari pentas dengan senyuman yang masih terukir di wajahnya. Mujur gadis ini tidak tergolek atau terjatuh di khalayak ramai. Yang penting pakaian dan riak muka masih ‘on point’!
@uitm_channel Nasib tak baik ngam2 ambil skrol tumit kasut pulak tak bagi kerjasama 😅😅😅 #istiadatkonvokesyenuitm99 #Konvoksyen99 #konvo99 #usahatakwamulia #uitmdihatiku ♬ original sound – UiTM Channel
Ramai Terhibur Lihat Tumit Tiba-tiba Tercabut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan momen tidak dijangka itu.
“Kasut tu betul-betul berfungsi masa majlis je. Dapat je skrol dia (kasut) pun terus berhenti berkhidmat,” jelas seorang wanita.
Malah ada individu yang berkata Yuhaines pasti berasa segan ketika tumitnya tercabut.
“Malu tak terkata kalau tu aku. Mujur cantik akak ni. Mesti dia menahan malu tapi dalam masa sama senyum je tengok rakaman video tu,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir bakal graduan mula berfikiran jauh dan risau perkara sama terjadi pada diri sendiri sewaktu majlis konvokesyen mereka berlangsung.
“Overthinking terus aku yang nak graduasi bulan 10 ni,” kata seorang individu.
Buat mereka yang akan bergraduasi tidak lama lagi, jangan lupa periksa dulu gam tumit kasut okay?
Graduan Pakai ‘Wig’ Ketika Graduasi
Kisah lawak yang berlaku semasa majlis graduasi seringkali terjadi. Sebelum ini, dua orang pelajar lelaki bertindak menyorokkan rambut mereka yang panjang dengan memakai rambut palsu (wig) ketika majlis graduasi di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.
Gara-gara tidak mahu memotong rambut yang sudah panjang, mereka tampil dengan idea luar kotak itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Graduan Sanggup Pakai ‘Wig’ Ketika Graduasi Gara-gara Sayang Nak Potong Rambut Bikin Ramai Berdekah!
Baca Artikel Berkaitan: “Ayah Dapat Record”- Gelagat Bapa Tersilap Rakam Orang Lain Ketika Konvo Anak Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Banyak Jenama Terkenal Cuba Pikat Lelaki Kacak Baru Lepas Konvokesyen [Video]