fbpx

Dipercayai Guna Lorong Kecemasan, Penunggang Motosikal Tegur Proton X70 [Video]

Menerusi video, kelihatan kereta Proton X70 itu telah bertukar dari lorong kecemasan ke lorong kiri selepas ditegur oleh penunggang motosikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang memiliki lesen memandu kenderaan pasti tahu undang-undang setiap kali berada di atas jalan raya.

Sebagai contoh, pemandu mahupun penunggang tidak dibenarkan melanggar lampu isyarat merah, memotong di sebelah kiri, menggunakan lorong kecemasan dan banyak lagi.

Sekiranya seseorang individu didapati terbabit dalam melakukan antara kesalahan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti saman dan sebagainya.

Proton X70 dilihat guna lorong kecemasan

Baru-baru ini, sebuah kereta jenis Proton X70 telah menjadi perhatian ramai apabila dipercayai menggunakan lorong kecemasan.

Menerusi video dashcam yang tular di X, awalnya kelihatan perakam sedang berada di sebuah lebuh raya di lorong kiri.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta Proton X70 yang menyusuri di lorong kecemasan. Malah dia dilihat tidak menukar ke laluan biasa meskipun mempunyai ruang untuk masuk ke lorong berkenaan.

Tukar lorong kiri selepas ditegur penunggang motosikal

Melihat perkara itu seorang penunggang motosikal lalu cuba mendekati kereta tersebut dan menegur pemandunya.

Ini kerana, pemandu kereta berkenaan tidak sepatutnya melalui lorong itu sekiranya dia tidak mempunyai sebarang kecemasan seperti kereta rosak dan sebagainya.

Sebaik ditegur oleh penunggang motosikal kereta Proton X70 kemudian beralih ke lorong kiri.

Menerusi video dashcam itu, dipercayai insiden itu berlaku pada 4.20 petang, 16 September. Walau bagaimanapun, di dalam video tidak dinyatakan di manakah lokasi kejadian itu.

Adab memandu di jalan raya

  • Sekiranya anda berada di laluan paling kanan ia adalah untuk kenderaan yang memandu pada kelajuan tinggi atau memotong. Namun anda harus mengikut ketetapan kelajuan yang ditetapkan di sebuah lebuh raya seperti tidak melebih 110km/j.
  • Manakala laluan tengah adalah untuk kelajuan sederhana, dan laluan paling kiri untuk kelajuan yang lebih perlahan dan kenderaan berat atau besar.
  • Lorong kecemasan pula hanya boleh digunakan sekiranya anda mempunyai masalah kereta seperti rosak, tayar pancik dan sebagainya. Anda juga disarankan untuk meletakkan papan hazard atau kon untuk memaklumkan pengguna lain.
  • Lorong Smartlane pula hanya boleh digunakan ketika ia diaktifkan. Oleh itu, anda boleh semak bilakah waktu operasi laluan Smartlane dibuka.
  • Nyalakan lampu isyarat sekiranya ingin menukar laluan kiri atau kanan. Selain itu, beri tempoh masa yang cukup sekurang-kurangnya 5 saat.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.