fbpx
Now Reading
“Hampir Terbabas”- Wanita Sebak Ada Individu Datang Bantu Ketika Alami Tayar Pecah Di Lebuh Raya [Video]

“Hampir Terbabas”- Wanita Sebak Ada Individu Datang Bantu Ketika Alami Tayar Pecah Di Lebuh Raya [Video]

Di ruang kapsyen, wanita itu memaklumkan dia hampir terbabas melanggar kenderaan lain sewaktu tayar kereta pecah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali membawa kenderaan kita dinasihatkan untuk sentiasa membuat pemeriksaan agar dapat mengesan sebarang masalah seperti kerosakan dan sebagainya.

Namun insiden seperti kereta rosak, tayar pancit atau pecah merupakan antara perkara yang tidak dapat dielak sekiranya ia berlaku di tengah jalan.

Malah perkara ini turut membuatkan segelintir pemandu berasa takut, bimbang serta resah jika tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah terbabit.

Wanita sebak ada individu sudi datang bantu ketika tayar pecah atas highway

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita @yarazaqquntukku di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami tayar pecah.

Ketika mengalami situasi itu, hujan turut turun dengan lebat sehingga menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan bantuan dan terpaksa menunggu pihak PLUS. Situasi itu membuatkannya berasa takut.

Namun dalam dia sedang menunggu pihak PLUS untuk datang membantu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berhenti membantunya.

“Jutaan terima kasih orang baik, hamba Allah yang mulia. Tak semua orang akan turun (datang) tolong waktu hujan lebat ni ya Allah. Syukur padamu Allah. Mama (wanita tersebut) panjang umur lagi, anak-anak boleh tengok mama lagi,” katanya dalam video.

@yarazaqquntukku

Rupanya dah hari ke 5 mama ulang alik unit baru apa yang terjadi.. semua terjadindengan izin Allah..Allah jentik mama tanda Allah sayang😭😭😭Hamba Allah yang baik budi pekertinya orang baik tak semua orang akan turn tolong mama time hujan lebat macamni sementara nak menunggu pihak plus datang encik ni tolong mama juga dalam hujan lebat.. mama ketakutan menggigil tangan kaki lemah longlai rasa bagai nak hilang nyawa…hampir terbabas hampir nak langgar semua kereta atas higway tu pagi tadi..#Terima kasih orang baik kakitangan @HOSPITAL PENDANG KEDAH😭😭🥰🥰🥰🥰🥰

♬ Aku Bahagia Mengenalimu – 💥AHMAD PULUNGAN💥

Hampir terbabas langgar kenderaan lain, syukur masih selamat

Di ruang kapsyen, wanita itu mengatakan insiden berkenaan hampir membuatkannya terbabas dan melanggar kenderaan lain di lebuh raya tersebut.

“Tayar pecah atas lebuh raya, mama hilang kawalan tapi syukur pada mu Allah. Baru 4 hari perjalanan mama ke unit baru, mama diduga… tanda Allah sayangkan. Kalau Allah tak jaga mama tadi anak-anak dah tak dapat tengok mama,” katanya.

Wanita turut berasa sebak dan menangis ketika dibantu

Dalam satu lagi video sama yang dikongsikan tanpa latar muzik turut kedengaran wanita tersebut menangis semasa lelaki itu datang membantunya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana sudi membantu wanita berkenaan yang sedang dalam ketakutan.

Malah ada juga yang memuji lelaki tersebut sanggup berhujan untuk membantu wanita itu.

@yarazaqquntukku

Membalas kepada @ennaljais suara real akak tengah nangis malu plak nangis kuat2

♬ bunyi asal – yarazaqquntukku – yarazaqquntukku

“Tak ramai dah orang yang macam ni.. terbaiklah abang kita ni risikokan diri sendiri untuk tolong hamba Allah yang ditimpa masalah..”

“Terima kasih pada yang membantu tapi seeloknya akak kena pantau lalu lintas di belakang untuk pastikan semua selamat..”

“Kenapa tayar pancit ke? Baiklah abang tu tengah hujan pula tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.