Lelaki Di Amerika Syarikat Main Trombon Ketika Jalani Pembedahan Otak
Rust telah disahkan oleh doktor mengalami penguncupan otot atau intention tremor yang berlaku ketika pergerakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Alatan muzik seperti gitar, piano mahupun trombon merupakan salah satu alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi.
Namun ia tidak hanya sekadar digunakan untuk bunyi sebaliknya ia juga menjadi hobi kepada segelintir individu untuk bermain atau menghasilkan irama lagu dan sebagainya.
Pesakit main alat muzik trombon ketika jalani pembedahan
Baru-baru ini, seorang pesakit di Wisconsin, Amerika Syarikat telah menarik perhatian apabila dilihat memainkan trombon ketika sedang menjalani pembedahan.
Memetik laporan Daily Mail, pesakit lelaki itu memainkan alat muzik tersebut untuk memastikan prosedur pembedahan yang dilakukan itu berjalan dengan baik.
Pesakit yang dikenali sebagai Brian Rust pada mulanya menyedari tangan mengigil sehingga ia menyukarkan dia untuk bermain alat muzik itu termasuklah tidak dapat mendukung cucu.
Alami masalah pengucupan otot
Ekoran daripada perkara itu, doktor kemudian mengesahkan Rust mempunyai masalah penguncupan otot (intention tremor) secara tidak sengaja yang berlaku semasa pergerakan. Oleh itu, doktor kemudian memberikannya ubat dan menjadualkan terapi fizikal.
Namun apabila semua kaedah itu tidak lagi berfungsi untuknya, dia lalu terpaksa menjalani pembedahan otak di UQ Health di Madison, Wisconsin.
Pesakit perlu berjaga sepanjang pembedahan dijalankan
Pakar bedah saraf yang dikenali sebagai Dr Wendell Lake memaklumkan pembedahan itu dibuat pada November 2022 dan memberitahu Rush perlu berjaga sepanjang pembedahan itu dibuat.
Oleh itu, Rust bertanya sekiranya dia boleh membawa trombone ke dalam bilik pembedahan. Menurut doktor itu lagi, ia adalah kali pertama pesakit membawa alat muzik ke dalam bilik bedah.
Ini kerana sebelum ini terdapat pesakit yang turut melakukan perkara sama namun hanya membawa masuk tablet bertulis.
Tak tiup sebaliknya hanya menggerakkan gelongsor luar trombon
Walau bagaimanapun dalam video yang turut disiarkan di beberapa media, Rust sebenarnya tidak meniup alat muzik tersebut untuk menghasilkan bunyi.
Akan tetapi dia hanya menolak gelongsor luar alat muzik itu sambil doktor melihat sama ada gegaran pada bahagian tanggannya sedang diperbaiki sewaktu pembedahan dilakukan.
Doktor dapat laraskan kedudukan wayar ketika pembedahan dilakukan
Apa yang lebih menarik dengan melihat Rust bermain trombon, doktor juga dapat melaraskan kedudukan wayar serta beberapa banyak arus elektrik yang perlu digunakan untuk menstabilkan semula tangannya.
Jenis pembedahan yang dijalani oleh Rust turut dikenali sebagai rangsangan otak dalam di mana ia perlu menggunakan rangsangan elektrik untuk menangani gangguan neurologi.
Rust mengatakan ia adalah satu perasaan yang indah meskipun tidak dapat bermain dengan baik.
“Tiada apa-apa seperti perasaan bermain dengan orang dan membuat muzik. Sukar untuk digambarkan.
“Walaupun anda tidak bermain dengan baik ia tetap satu perasaan yang indah. Saya tidak mahu melepaskan perasaan itu lagi,” katanya yang telah bermain trombon sejak berusia 15 tahun.