“Mana Common Sense?” – Wanita Lintas Di Trek Larian & Langgar Atlet Buat Ramai Bengang [Video]
Menerusi video tular, kelihatan wanita itu secara tiba-tiba melintasi trek larian di Kompleks MSN, Setiawangsa sebaik tembakan pistol dibunyikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi mereka yang bergelar atlet sukan, terdapat pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan sebagai contoh stamina badan, kekuatan fizikal dan mental serta keselamatan diri ketika sesuatu perlawanan atau olahraga.
Pun begitu, kadangkala ada juga perkara yang tidak dijangka berlaku semasa hari acara sukan bermula. Walaupun sudah sehabis baik menjaga keselamatan diri, namun faktor luaran yang sukar dikawal mampu membawa kepada kecederaan.
Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap pihak bukan sahaja atlet malah penganjur, penonton, penyokong dan lain-lain bagi mementingkan tahap keselamatan semasa acara sukan berlangsung untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Wanita Langgar Atlet Larian Ketika Acara Bermula
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @isusemasaviral) menyaksikan suasana acara sukan balapan di sebuah padang dipercayai sekitar Kompleks MSN, Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa atlet acara larian yang berada di kedudukan masing-masing sedang bersiap sedia untuk berlari. Selepas tembakan pistol dibunyikan, kesemua atlet dilihat mula berlari bagi merebut kemenangan masing-masing.
Namun lain pula yang berlaku apabila seorang wanita dilihat secara tiba-tiba melintasi trek larian sewaktu acara sedang berjalan.
Wanita berkenaan kemudiannya terlanggar atlet lelaki yang berada di lorong pertama trek di padang tersebut. Kedua-dua pihak dilihat gagal berhenti sebelum bertembung antara satu sama lain.
Atlet Teruskan Larian Walaupun Selepas Terlanggar Dengan Wanita
Mujur tiada siapa yang terjatuh di lokasi kejadian dan dipercayai tiada sebarang kecederaan yang berlaku.
Jika lihat sendiri video itu, anda boleh lihat impak pertembungan di antara pelumba lari dan wanita tersebut adalah agak kuat kerana atlet berkenaan sedang dalam posisi untuk memecut.
Selepas meninjau sebentar ke belakang bagi melihat keadaan wanita itu, si atlet kemudian meneruskan perlawanannya seperti biasa.
Kedengaran segelintir penonton di sana juga menjerit dan mengeluh selepas wanita terbabit melanggar atlet lelaki berkenaan.
Biasa tengok kat negara lain je macam ni, sekali orang Malaysia pun sama ada yg bengap pic.twitter.com/NGqY66ixSz
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) September 17, 2024
Ramai Kritik Tindakan Wanita Lintasi Trek Larian
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat mengkritik wanita tersebut kerana bertindak sebegitu.
“Memang niat nak lalu masa orang mula lari ke macam mana? Aku nak sangat tahu apa yang dia fikir masa tu,” kata seorang wanita.
Malah ada yang berpendapat bahawa acara sukan larian itu patut dibatalkan dan diulang kerana gangguan pihak lain.
Sementara itu, ada segelintir individu juga dilihat bengang kerana wanita berkenaan sudah menyusahkan atlet yang sedang bertanding.
“B*ngap betul orang yang lintas tu. Macam baru pertama kali dekat trek larian. Tak ke menyusahkan orang,” ujar seorang pengguna X.
Malang ni memang tidak berbau. Tetapi kalau boleh, kita ambillah langkah berjaga-jaga sehabis boleh bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.