Rider Tinggal Minuman Di Depan ‘Guard House’ Di Singapura, Dicampak Oleh Pengawal Keselamatan [Video]
Pengawal keselamatan itu banyak kali mengugut akan mencampak bungkusan minuman yang ditinggalkan oleh rider tersebut sebelum betul-betul melakukannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Servis penghantaran makanan kini seolah-olah menjadi satu keperluan bagi sesetengah individu untuk memesan makanan dan minuman tanpa perlu keluar dari rumah.
Namun kadangkala penghantar makanan terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar seperti pelanggan tidak menjawab panggilan telefon apabila mereka telah tiba.
Perkara ini menjadi lebih sulit apabila penghantaran tersebut membabitkan rumah bertingkat seperti apartment dan kondominium yang menghalang rider daripada menaiki ke unit.
Rider Tinggal Minuman Di Atas Kerusi Depan ‘Guard House’
Baru-baru ini, tular satu video yang menyaksikan seorang penghantar makanan bergaduh dengan pengawal keselamatan di sebuah apartmen di Singapura. Difahamkan insiden itu berlaku pada 5 September lalu.
Menurut rider yang bertugas, dia tidak diberitahu oleh pelanggannya tentang nombor unit bagi penghantaran tersebut. Malah, pelanggannya juga tidak menjawab panggilan telefon.
Dia kemudiannya membuat keputusan untuk meninggalkan minuman boba yang dipesan di atas sebuah bangku di hadapan rumah pengawal dan meminta pelanggannya untuk mengambil bungkusan itu di sana.
Pengawal Keselamatan Campak Bungkusan Minuman Hingga Pecah
Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan yang sedang bertugas tidak membenarkan bungkusan itu ditinggalkan di sana.
Sebaliknya dia mengambil minuman yang dipesan itu dan mengugut akan mencampaknya sekiranya ditinggalkan di sana.
“Saya baling ya? Awak tinggalkan (minuman) di sini, saya baling,” ugut pengawal keselamatan tersebut.
Kedengaran rider tersebut berkali-kali memberitahu pengawal keselamatan tersebut bahawa bungkusan itu tidak boleh dibuang.
“Pelanggan dah bayar minuman ini. Kalau awak buang, awak yang bertanggungjawab,” kata rider berkenaan.
Bungkusan minuman itu akhirnya dibaling juga, menyebabkan kesemua cawan pecah dan air boba berlimpahan di atas lantai.
“Guard Already Said Cannot Put There” – Pengguna TikTok
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berbelah pendapat dengan tindakan rider dan pengawal keselamatan berkenaan.
Ramai yang menyokong pengawal keselamatan tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan bungkusan yang dikirim oleh pelanggan.
Mereka berpendapat bahawa rider itu perlu menunggu pelanggannya sehingga turun ke bawah dan mengambil bungkusan minuman itu sendiri.
“Pengawal keselamatan dah cakap tak boleh tinggalkan bungkusan di sana, kenapa rider berkeras juga? Kalau makanan tercemar selepas itu, adakah ia salah guard atau rider?” soal seorang individu.
Namun ada juga yang merasakan walaupun pengawal keselamatan itu tidak bertanggungjawab untuk menjaga bungkusan itu, tetapi menjadi satu kesalahan apabila dia merosakkan sesuatu yang merupakan hak orang lain.
“The Problem Is The Customer” – Pengguna Media Sosial
Dalam pada masa sama, ada juga yang merasakan pengawal keselamatan itu memperbesarkan isu yang remah.
Terdapat beberapa individu yang berpendapat bahawa pelangganlah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini kerana tidak memberitahu nombor unitnya kepada rider berkenaan.
“Kalau taknak bagi nombor unit, tunggulah kat guard house. Bungkusan tak boleh ditinggalkan di guard house kerana risau dengan kes terorisme,” kata seorang pengguna TikTok.
Ada pula yang membandingkan situasi itu dengan sesetengah apartmen di Malaysia yang menyediakan meja bagi meninggalkan bungkusan makanan atau minuman yang dipesan.
Di samping itu, seorang pengguna media sosial merasakan ini merupakan masalah masyarakat yang timbul apabila tiadanya sifat empati terhadap satu sama lain. “Pengawal keselamatan perlu bertoleransi, rider perlu menghormati dan pelanggan perlu bertanggungjawab,” katanya.