
YouTuber IShowSpeed Hampir Tercekik Ketika Makan Durian Di Malaysia [Video]
Selain mencuba buah durian, Speed turut dilihat menyukai burger Ramly malah turut mengakui ia sangat sedap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan pelbagai budaya serta makanan tradisi termasuklah buah-buahan tempatan.
Jika ke Malaysia tidak sah sekiranya tidak mencuba raja buah iaitu durian, ini kerana setiap negara yang memilikinya mungkin mempunyai rasa serta jenis yang berbeza-beza.
YouTuber, IShowSpeed cuba makan buah durian
Baru-baru ini influencer yang juga YouTuber, IShowSpeed telah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat berkunjung ke Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan siri jelajahnya melawat ke negara Asia Tenggara.
Apa yang lebih menarik, pencipta kandungan ini turut tidak melepaskan peluang apabila mencuba makanan terkenal di negara ini termasuklah buah durian.
Menerusi siaran langsung yang dilakukan, Speed telah berkunjung ke Ibu Negara dan singgah ke sebuah gerai untuk mencuba raja buah berkenaan. Malah dia turut dilihat membayar durian yang dibeli itu sebanyak USD$50 (RM212.14) untuk sebekas meskipun salah seorang rakan memaklumkan ia hanya bernilai USD$42 (RM178.19).
Sewaktu menyuap seulas durian tersebut dia kelihatan seperti menyukai buah itu malah turut memasukkannya terus ke dalam mulut.
Hampir tercekik kerana masuk seulas besar buah durian dalam mulut
Namun apa yang mencemaskan, ketika memakan buah itu Speed kelihatan hampir tercekik apabila mula memegang leher.
Cemas dengan keadaan itu, dua pengawal yang berada di sisi Speed segera menepuk-nepuk belakang badannya untuk membantu mengeluarkan durian terbabit.
Sebaik durian berjaya dikeluarkan dia kemudian segera meminum air mineral untuk melegakan tekak.
Bagi kepada para peminat buah durian yang dibeli
Selepas berasa lega daripada keadaan mencemaskan itu, Speed kemudian turut bertanya kepada para peminat sekiranya mereka ingin menikmati buah berkenaan.
Kelihatan orang ramai turut berebut mengambil buah tersebut dari Speed dan memakannya di hadapan selebriti itu.
Kedatangan Speed turut disambut oleh para peminat malah mereka mengerumuninya sehingga dia sukar untuk berjalan.
Minta peminat bersabar, cuba makanan lain seperti Nasi Lemak & burger Ramly
Sewaktu dikerumuni oleh para peminat, Speed turut mengucapkan ‘Sabar, Sabar, Sabar’ kepada orang ramai.
Selain mencuba buah durian, Speed dilihat mencuba makanan lain seperti Nasi Lemak, keropok Super Ring dan Burger Ramly. Dia juga kelihatan sangat teruja sewaktu melihat penjual burger itu menyediakan makanannya dan mengakui ia sangat sedap.
Influencer dari Amerika Syarikat tersebut turut memakai baju jersi bola sepak Harimau Malaya dan baju batik sepanjang bersiar secara langsung di YouTube rasminya.
Speed try Burger Ramli tepi jalan siap bayar lebih sebab sedap! 💵💵🤣 pic.twitter.com/JZObKT7xdb
— 🇲🇾 (@localrkyt) September 17, 2024
Speed try nasi lemak wehh, tak tahan kepedasan 😂😂 pic.twitter.com/mhLSXpRcVG
— 🇲🇾 (@localrkyt) September 17, 2024
Ada yang cemas ketika Speed tercekik
Melihat di ruangan komen, ada peminat yang turut berasa cemas apabila melihat Speed hampir tercekik selepas memakan durian tersebut.
Malah ada yang mengatakan Speed sepatutnya makan secara perlahan-lahan dan tidak memasukkan biji durian ke dalam mulut.
“Nasib tak pindah alam”

“Perlahan-lahan Speed”

“Ia menakutkan saya untuk beberapa saat”
