Aksi Bezza Redah Banjir Hingga Separuh Tenggelam Raih Perhatian Ramai [Video]
Seorang individu mendakwa bahawa pemandu terbabit yang merupakan seorang doktor terpaksa meredah banjir untuk merawat pesakitnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Beberapa tempat di Malaysia kini sedang dilanda hujan lebat sehingga dilanda banjir terutamanya di utara negara seperti Kedah dan Pulau Pinang. Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat individu yang maut akibat menjadi mangsa bencana alam.
Menurut ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, perairan Laut China Selantan dan Selat Melaka Utara dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora sehingga 21 September.
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Maut Dihempap Pokok Ketika Berkhemah Di Kuantan
Bezza Redah Banjir Di Kedah
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi berani seorang pemandu meredah air banjir. Kelihatan dia memandu sebuah kereta Bezza merentasi banjir sehingga tenggelam hampir separuh.
Melihat kepada video tersebut, difahamkan kejadian berlaku di sempadan daerah Pokok Sena di Kedah.
Selepas meredah banjir, pemandu tersebut menurunkan tingkapnya dan kelihatan bahawa dia adalah seorang wanita. Kedengaran beberapa orang turut bersorak dengan tindakan wanita itu yang berjaya meredah air banjir yang tinggi.
Kalau tengok balik, sampai hilang plat nombor depan kereta itu!
Orang Ramai Berbahagi Pendapat Dengan Aksi Wanita Itu
Menjengah ke ruangan komen, masyarakat menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang bahaya dan tidak seharusnya menjadi ikutan orang ramai.
Seorang individu berseloroh apabila pemandu itu ingin menjual keretanya, pasti akan ditulis, “Lady driver, low milleage, no accident, condition like new.”
Namun, ada juga berpendapat tidak menjadi masalah bagi individu yang yakin dan mempunyai kemahiran untuk meredah banjir.
“Kalau tengok tu, dia pandai tak break dan jaga minyak. Mungkin dia dah rendahkan gear juga,” jelas seorang pengguna X.
Seorang individu pula mendakwa wanita itu merupakan seorang doktor dan terpaksa meredah banjir untuk merawat pesakit yang sedang memerlukan. Katanya perkara itu telah dimaklumkan oleh ibu kepada pemandu tersebut di Facebook.
Tips Meredah Banjir Dengan Selamat
Apabila berdepan dengan banjir, adalah lebih elok sekiranya anda mengelaknya sama sekali dan tidak meredah air yang tinggi. Namun dalam sesetengah keadaan, pemandu mungkin terpaksa juga meredah banjir kerana tiada pilihan lain.
#1. Matikan pendingin hawa
Pendingin hawa perlu dimatikan sebelum meredah banjir kerana pemampat (compressor) kereta mudah rosak apabila terdedah kepada air.
Ia juga dipercayai bahawa apabila pendingin hawa dimatikan, enjin kereta akan mempunyai lebih banyak kuasa dan membantu pergerakan kenderaan dalam situasi yang menyukarkan.
#2. Menilai kedalaman banjir
Sebelum meredah banjir, nilai dahulu kedalaman air tersebut dengan membandingkannya dengan objek sekeliling seperti pokok. Elakkan meredah banjir jika paras air lebih tinggi berbanding lantai kereta.
#3. Perlahankan kenderaan
Jika terpaksa juga meredah banjir, pandu kereta dengan perlahan. Perkara ini akan mengurangkan air yang terpercik, sekaligus mengelakkan air daripada memasuki enjin dan komponen lain kenderaan.
#4. Jangan hidupkan enjin kembali selepas terhenti
Dalam keadaan kereta tiba-tiba terhenti, jangan cuba hidupkan enjin semula. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh dibaiki apabila air memasuki enjin dan membawa kepada kegagalan mekanikal atau ‘hyrdo lock’.
#5. Pandu kenderaan di bahagian jalan yang lebih tinggi
Kebiasaannya bahagian tengah jalan raya adalah lebih tinggi sedikit berbanding bahagian tepinya. Namun berhati-hati dan beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan.