fbpx

Lelaki Kongsi Jiran Suka Bagi Barang, Siap Bagi Pokok Monstera [Video]

Menurut Ammar selain pokok Monstera dan ikan, jirannya itu pernah memberikannya barangan lain seperti rak serta kaki akuarium.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jiran merupakan individu yang tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengamalkan adab dan sentiasa menghormati antara satu sama lain.

Namun mereka juga adalah manusia yang mempunyai pelbagai ragam, ada segelintir darinya sukar untuk difahami sehingga menyebabkan hubungan antara jiran menjadi rengang dan saling membenci.

Walau bagaimanapun, ada juga yang memiliki jiran yang mempunyai sikap baik dan ia merupakan salah satu rezeki.

Lelaki kongsi sikap pemurah jiran suka bagi pokok dan ikan

Baru-baru ini, seorang lelaki turut berkongsi mengenai sikap pemurah jirannya yang suka memberi barangan peribadi sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ammarjex di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke rumah jirannya.

Menurut Ammar kunjungannya ke rumah jiran itu adalah kerana ingin mengambil pokok serta ikan yang sudah tidak diinginkan lagi.

Siap bagi pokok Monstera bersaiz sederhana

Sebaik sampai di hadapan pintu pagar, jirannya kemudian dengan segera membawa keluar satu baldi merah yang berisi tiga ekor ikan hidup.

Apa yang lebih menjadi perhatian, jiran turut beri sebuah pokok jenis Monstera bersaiz besar kepadanya.

Untuk makluman pokok Monstera mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran dan harganya bermula dari RM50 serta boleh mencecah ribuan ringgit mengikut saiz serta jenis.

“Hairan tengok jiran sorang ni. Dia beli ikan, pokok. Nanti dia tak nak, dia WhatsApp (tanya) Ammar awak nak pokok? Awak nak ikan?” soal Ammar.

Pokok hampir mati, namun selepas dijaga kini sudah mula hidup

Jelas Ammar di ruang kapsyen pokok Monstera itu diberi oleh jirannya pada minggu lalu namun ia dalam keadaan hampir mati kerana dilihat sudah layu.

Tahu harga pokok tersebut adalah mahal, Ammar tetap berusaha untuk menjaganya agar ia dapat hidup dengan sihat semula.

“Pokok Monstera tu dah keluar pucuk baru. Ini hari, dia bagi ikan pula. Hidup berjiran berlainan bangsa,” katanya.

Pernah bagi barangan lain selain pokok dan ikan

Ammar turut memberitahu BuzzKini selain pokok dan ikan, jirannya itu ada juga memberikan barangan lain seperti rak ikea dan kaki akuarium.

Kata Ammar adakala dia juga akan memberi mana-mana pokok yang dimahukan oleh jirannya itu.

“Tapi kadang-kadang dia pun ada minta pokok saya. Nanti saya bagilah. Kalau macam pokok-pokok mahal tu nanti dia tanyalah. Pasaran pokok ni okay tak? Senang jaga tak?”

Ujarnya lagi, dia tidak sangka video tersebut boleh mendapat tontonan sehingga 1.1 juta di TikTok.

@ammarjex

Heran tengok jiran sorang nie. Dia beli ikan pokok. Nnti dia xnak dia wasap. Ammar you nk pokok. You nk ikan. 😂 minggu lepas monstera dia dah nk mati. Dia tanya nk x. Kita amik la. Yang tahu harga mesti cuba usaha jaga bagi hidup. Alhamdulilah. Pokok monstera tu dah keluar pucuk baru. Ini hari dia bagi ikan pulak. 😂. Hidup berjiran berlainan bangsa. #ammarjex #ammarjexcafe #piiauujuicyfruits #piiauujuicyfruitsfeedback

♬ suara asli – Hyun.yeon – Park.hyunyeon

Di ruangan komen, ramai yang teruja melihat jiran Ammar memberi pokok Monstera tersebut.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan harga pokok itu sangat mahal dan Ammar begitu beruntung kerana dapat menjaganya.

“Ok lah dapat jiran baik, Monstera tu mahal pokok tu”

“Weh pokok Monstera tu, buah dia boleh makan”

“Berjiran dengan orang cina memang best. Selalu bagi makanan dekat kita sebab dia kata kita pernah bagi makanan dekat dia walaupun sekali je tapi dia balas berkali-kali”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.