“Siap Tak Pasang Signal” – Axia ‘Pancung’ Ke Flyover Undang Kecaman [Video]
Menerusi video tular, kelihatan Axia itu menukar laluan ke arah lorong kanan secara tiba-tiba sekitar jalan raya menuju ke pusat bandar di Johor Bahru.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap hari, pasti ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang berlaku. Walaupun ia boleh terjadi disebabkan faktor luaran yang tidak boleh dihalang, namun kadangkala sikap individu memandu secara tidak berhemah juga mendorong kepada kes sedemikian.
Seperti sebelum ini, pemandu kereta Honda City secara melulu memandu ke arah lorong kiri untuk berhenti di perhentian bas. Oleh disebabkan tindakan itu, polis trafik yang berada di lorong sama tidak sempat berhenti dan terlanggar bahagian but belakang kereta berkenaan.
Impak daripada rempuhan tersebut, polis trafik dan motosikalnya dilihat terbalik dan tersembam ke atas jalan raya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gara-gara Kereta ‘Pancung’ Ke Lorong Kiri Secara Melulu, Polis Trafik Tersembam Atas Jalan Raya
Axia ‘Pancung’ Ke Lorong Kanan Secara Bahaya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @update11111) menyaksikan situasi tegang yang berlaku di jalan raya sekitar pusat rekreasi Danga Bay menghala ke pusat bandar di Johor Bahru.
Menerusi video perkongsian, kelihatan pemilik dashcam sedang memandu keretanya di lorong kanan seperti biasa. Namun perkara yang mengundang perhatian adalah apabila kereta jenis Perodua Axia dilihat memandu secara berbahaya.
Pemilik Axia tersebut bertindak memandu secara melulu dari lorong paling kiri ke arah laluan kanan menghala ke ‘flyover’ (jambatan). Axia terbabit dilihat melepasi tiga buah kereta yang lain ketika melencong ke susur kanan.
Tak Nyalakan Lampu Signal Sebelum Tukar Laluan
Bukan sahaja memandu secara berbahaya, malah pemilik Axia itu juga tidak menyalakan lampu signal sebelum menukar laluan. Mujur tiada sebarang kemalangan yang berlaku kerana pemilik dashcam sempat mengelak daripada Axia berkenaan.
Untuk info, perbuatan mengubah haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat amaran adalah satu kesalahan. Jika kemalangan berlaku sehingga mendatangkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta dipenjara tidak melebihi dua tahun.
Tonton video [DI SINI].
Ramai Bengang Lihat Pemandu Axia Pancung Ke Lorong Kanan
Menjengah ke ruangan balas, ramai berasa bengang dan berpendapat situasi sebegitu adalah normal di Johor.
“Benda biasa kena hadap duduk Johor dulu. Hari-hari hadap pemandu macam ni. Dari susur kiri terus masuk ke laluan paling kanan,” ujar seorang lelaki.
Malah, ada juga yang mendakwa terdapat kes kemalangan pernah berlaku di lokasi yang sama.
“2-3 minggu lepas ada kes kemalangan di lokasi yang ni. Tak pasti kanan nak pergi ke kiri atau kiri nak ke kanan. Tapi dua simpang belah kiri ni memang pemandu akan keluar dan cuba pancung untuk naik atas flyover,” jelas seorang pengguna X.
Sementara itu, ramai juga berharap agar pemilik dashcam membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap pemandu Axia terbabit.
“Jangan lupa laporkan dekat aplikasi JPJ. 100% akan kena saman. Harap pemilik dashcam buat (laporan). Viral macam ni tak jadi apa-apa pun dekat pemilik Axia tu,” kata seorang individu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Cuai Pemandu Teksi Bawa Melulu Jadi Punca Penumpang Jatuh
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Apa-apa Jadi Kat Anak Aku” – Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Axia Bawa Melulu [Video]