
Toyota Unser Jadi Perhatian Selepas Dipercayai Cuba Memotong Di Garisan Berkembar [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan Toyota Unser telah memasuki lorong bertentangan dipercayai untuk memotong di garisan berkembar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang mempunyai lesen sah untuk memandu kenderaan pasti mengetahui peraturan yang telah ditetapkan seperti pemandu tidak dibenarkan melanggar lampu isyarat merah, bermain telefon, memotong di garisan berkembar serta banyak lagi.
Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri apabila dilihat masih melakukan kesalahan tersebut.
Malah apa yang lebih menjengkelkan, perbuatan mereka itu boleh menyebabkan pengguna lain berdepan dengan bahaya seperti kemalangan dan sebagainya.
Kenderaan terbabit kemalangan gara-gara kereta Unser dipercayai ingin memotong di garisan berkembar
Baru-baru ini, seorang pemandu turut berdepan dengan situasi cemas apabila terbabit dalam kemalangan dek kerana sikap pemandu kereta yang dipercayai ingin memotong di garisan berkembar.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan pemilik dashcam sedang melalui di sebatang jalan dipercayai di Jalan Keratong, Pahang.
Kereta Toyota Unser masuk ke lorong bertentangan
Sewaktu sedang menyusuri lorong tersebut secara tiba-tiba kelihatan sebuah kereta jenis Toyota Unser dari arah bertentangan dipercayai ingin memotong di garisan berkembar.
Namun kereta Unser itu dilihat gagal memotong dan berada di lorong bertentangan sehingga kenderaan pemilik dashcam menghampirinya.
Perkara itu secara langsung membuatkan kenderaan pemilik dashcam ‘disondol’ kereta di bahagian belakang yang cuba memberhentikan kenderaan secara mengejut.
Pelanggaran dari arah belakang telah menyebabkan kenderaan pemilik dashcam bergerak ke depan dan melanggar kereta Unser itu.
Menerusi video dashcam dipercayai insiden itu berlaku pada 15 September yang lalu.
TRIGGER WARNING pic.twitter.com/jq9gEI4PfH
— @ (@anthraxxx781) September 18, 2024
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan Toyota Unser itu kerana mengundang bahaya kepada pengguna lain.
Malah ada yang berpendapat pemandu Unser itu perlu diambil tindakan lanjut.
“Banyak kerja nak betulkan ni, claim depan belakang..”

“Garisan berkembar pula tu”
