Wanita Dakwa Pemilik Inap Desa Di Kelantan Skodeng Tetamu Dalam Tandas [Video]
Menurut wanita tersebut sewaktu menggunakan tandas, dia terdetik untuk melihat ke arah tingkap dan menyedari terdapat kamara telefon di jendela berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes mengintai sejak kebelakangan ini sudah menjadi insiden yang sering berlaku. Dan kebanyakan kes melibatkan kaum hawa sebagai mangsa.
Umum mengetahui, ia juga adalah perbuatan yang tidak beradab serta senonoh. Apa yang lebih menjengkelkan ada segelintir dari pelaku sanggup merakam aksi tidak sepatutnya itu menggunakan telefon bimbit atau kamera khas.
Wanita dakwa diintai oleh pemilik inap desa di Kelantan ketika berada di dalam tandas
Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita apabila mendakwa diintai oleh pemilik inap desa ketika berada di tandas rumah berkenaan.
Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik oleh @nfwhda.__ di TikTok, wanita itu memaklumkan dia dan keluarga telah berkunjung ke sebuah inap desa di Kota Bharu, Kelantan.
“Masa sampai rumah tu lewat dan sebab pergi (cuti sekolah) jadi kenalah hadap jem 18 jam.
“Masa sampai tu pun ok lagi, tidak ada masalah apa-apa, angkat barang-barang masuk rumah (inap desa),” jelasnya.
Katanya selepas duduk beberapa ketika abang serta kakak iparnya kemudian keluar ke Uptown Wakaf Che Yeh untuk mencari barang. Ekoran itu, dia tinggal bersama ibu dan bapanya di inap desa berkenaan. Memandangkan perjalanan mengambil masa lama, wanita itu lalu ingin membersihkan dirinya di tandas.
Nampak kamera telefon di tingkap tandas
Namun sewaktu berada di dalam tandas dia secara tiba-tiba terdetik untuk melihat ke arah tingkap dan terlihat kamera telefon.
“Nampak apa? Jeng jeng jeng kamera telefon, rupanya ada orang ambil gambar aku tengah tutt (mandi atau membuang) aku pun menjeritlah panggil mak aku. Mengigil lah masa tu.
“Lepas tu apa lagi aku call abang aku suruh balik cepat. Abang aku pula telefon pemilik rumah (inap desa) tu cakap ada orang mengintai aku dekat tandas. Yelah pemilik rumah tu dekat sebelah rumah kita orang je,” ujarnya.
Minta periksa telefon bimbit, namun pemilik inap desa didakwa padam gambar atau video
Menurut wanita itu, abangnya meminta pemilik rumah keluar namun sebaik dia keluar secara tiba-tiba dia mengatakan terkejut dengan insiden yang berlaku. Susulan itu, abang wanita berkenaan meminta untuk memeriksa telefon bimbit pemilik inap desa berkenaan.
“Tapi dia pandai, dia padam awal-awal takut kantoi lah. Kau bayangkan masa kita orang sampai tu pun dah lewat, mana ada orang lain. Rumah pun semua dah gelap yang ada cuma pemilik rumah tu je.
“Aku pun apa lagi minta tengok kamera belakang dia, haa kan aku dah cakap sama. Memang dia tak ada orang lain dah. Reaksi dia pun lain masa tu. Nampak sangat takut menggeletar tau dia masa aku tengok,” kata wanita itu lagi.
Pemilik homestay enggan mengaku
Mereka kemudian berbincang dengan pemilik inap desa tersebut namun dia tetap tidak mengaku malah turut cuba menukar topik lain seperti berbual mengenai perniagaannya dan sebagainya.
Malah dia turut menyifatkan wajah pemilik inap desa itu kelihatan tidak normal dan mendakwa sering menghubungi abangnya sehingga pagi.
“Pastu malam tu juga dia asyik hubungi abang aku banyak kali, cakap tak boleh tidurlah. Sumpah dia psiko. Dia cari kami sampai pagi tu.
“Jadi korang hati-hatilah kalau nak tempah inap desa ke apa fikirlah dulu baik-baik. Kalau pergi tandas tu cari tandas yang memang tutup dan tak ada lubang.”
Melihat di ruangan komen, pendedahan wanita itu turut membuatkan ramai bimbang dan risau apabila ingin ke inap desa.