Kes Samun & Rompak Bersenjata ‘Begal’ Di Indonesia Bikin Ramai Rasa Seriau
Menerusi video tular, kelihatan dua individu disamun oleh penjenayah yang bersenjatakan parang dan sabit ketika menaiki motosikal di Medan, Indonesia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes samun dan rompakan bukanlah satu perkara yang asing lagi. Ada sesetengah mangsa yang terselamat daripada insiden sebegitu, ada juga yang terkorban apabila penjenayah menggunakan senjata berbahaya.
Sebelum ini, seorang warga emas menemui ajal selepas disamun seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulai Darat, Jasin, Johor.
Mangsa berumur 91 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya. Suspek yang kemudiannya ditahan didapati mempunyai tiga rekod lampau berhubung kes rompak dan samun.
Baca Artikel Berkaitan: Rumah Dipecah Masuk, Warga Emas Maut Disamun Lelaki
2 Individu Disamun Di Medan, Indonesia
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @Heraloebss) menyaksikan situasi cemas yang berlaku apabila penunggang dan pembonceng motosikal diserang oleh beberapa individu lain bagi tujuan menyamun.
Menerusi video berkenaan, kedua-dua individu terbabit dilihat berlari meninggalkan kenderaan dua roda mereka selepas diacukan parang ke muka.
Seorang lelaki yang bersenjatakan parang kemudian membawa lari motosikal berkenaan. Difahamkan, kes tersebut berlaku di Medan, Indonesia.
‘Begal’ Adalah Gelaran Pencuri Jalanan Di Indonesia
Mengulas lebih lanjut mengenai kejadian ini, seorang pengguna X dikenali sebagai Mag berkongsi kisah tentang satu jenayah yang dikatakan berleluasa di negara jiran, Indonesia.
Menurutnya, terdapat jenayah samun dan rompakan yang kejam kerap dijalankan oleh penjenayah di sana, di mana mereka menggunakan senjata alatan tajam seperti parang.
Si pelaku bagi jenayah sebegitu pula dipanggil dengan gelaran ‘begal’. Memetik Berita Harian, begal adalah istilah digunakan untuk pencuri jalanan yang terkenal dengan kekejaman mereka ketika merompak atau menyamun.
“Kawan Indo aku pernah cerita, jenayah ‘begal’ ni antara benda yang amat seram dekat sana. Kau boleh tengok video bawah tu macam mana lelaki tu lindungi teman wanita dia.
“Kau tengah bawa motor atas jalan, dekat situ juga si penjenayah tu hayun dia punya pedang atau parang atas tangan kau,” kata Mag.
Kawan Indo aku pernah cerita, jenayah “begal” ni antara benda yg amat seram dekat sana. Kau boleh tgk video bawah tu macam mana laki tu protect makwe dia.
— Mag (@magmalaya) September 19, 2024
Kau tengah bawa motor atas jalan, dekat situ juga si penjenayah tu swing dia punya pedang/parangATAS TANGAN KAU. https://t.co/EV40uWoPVM pic.twitter.com/15cYQGam1M
Tembak Mati Begal Untuk Elak Jenayah Berleluasa
Pada tahun lalu, pasukan polis di Indonesia telah bertindak menembak mati seorang begal susulan beberapa siri kes rompakan ganas sekitar bandar Medan di utara Sumatera.
Tindakan menembak mati itu turut dipersetujui ahli politik di sana yang mana aksi sedemikian dikatakan antara usaha bagi menghapuskan kegiatan begal secara berkesan.
Datuk Bandar Medan Bobby Nasution, yang juga menantu Presiden Joko Widodo (Jokowi) turut memuji pegawai terbabit dan berkata penjenayah sedemikian harus ditembak mati di tempat kejadian.
Ramai Bimbang Lihat Kes Jenayah Yang Kejam
Menjengah ke ruangan balas, sesetengah individu dilihat berasa takut dan bimbang dan kes jenayah samun yang kejam di Indonesia.
“Ya Allah ngerinya. Nauzubillah Min Zalik, semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara macam ni. Takut,” ujar seorang individu.
Seorang rakyat Malaysia yang pernah melancong ke Indonesia juga berkongsi pengalamannya apabila mendapat berita tentang jenayah begal yang berlaku di sana.
“Bulan lepas pergi Medan. Baru dua hari kejadian begal ni. Tangan putus dan dapat tangkap (pelaku).
“Sebab yang dia bagi adalah saja-saja untuk libas (senjata). Kebanyakan orang di sana juga tak memandu atau bawa motor malam-malam dah. Dia (begal) serang beramai-ramai,” jelas seorang pengguna X.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi kes sama berlaku di Malaysia tidak lama sebelum ini yang mana seorang penunggang motosikal didakwa ‘dilibas’ dengan sebilah parang.
“Terkini ada kes dekat Cyberjaya. Harap pihak berkuasa dapat cegah jenayah macam ni. Seram,” kata seorang lelaki.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Samun Remaja Lelaki Dalam Lif Perumahan Kini Ditahan Polis, Disahkan Positif Dadah