fbpx
Now Reading
Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Dari PM New Zealand

Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Dari PM New Zealand

Jelas PM New Zealand Christopher Luxon, kisah perjalanan Khairul Aming yang awalnya melakukan video memasak ketika Covid-19 sehingga menceburi bidang perniagaan telah memberikan inspirasi kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 3 September lalu influencer dan usahawan, Khairul Aming (KA) telah berjumpa dengan Perdana Menteri (PM) New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran dikenali sebagai Hidang KL.

Perjumpaan mereka itu adalah sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada influencer itu kerana telah memilih New Zealand sebagai salah satu destinasi dalam video masakannya.

Ketika perjumpaan itu, Khairul Aming tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan perniagaan yang sedang dijalankan serta mengajar PM tersebut membuat beberapa makanan terkenal di Malaysia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 7 Tahun Masak Di Dapur, Khairul Aming Buat Video Memasak Sambil Mengembara Di New Zealand [Video]

PM New Zealand hantar surat penghargaan kepada Khairul Aming

Tidak cukup dengan pertemuan itu, baru-baru ini Luxon turut menghantar sepucuk surat penghargaan rasmi kepada Khairul Aming atas layanan baik yang diberikan sepanjang perjumpaan itu.

“Ia adalah satu pertemuan yang menyeronokkan, terima kasih kerana mengajar saya memasak serta menghidangkan makanan lokal sarapan pagi sewaktu saya berkunjung ke Malaysia.

“Perjalanan awak dari melakukan video memasak sepanjang penutupan dan penyekatan Covid-19 sehingga menceburi bidang baru termasuk perniagaan sambal yang mendapat permintaan tinggi memberikan inspirasi,” kata beliau dalam surat tersebut.

Industri pelancongan New Zealand hargai usaha influencer, ucap terima kasih kerana ajar buat roti jala & cendol

Malah beliau memaklumkan sempat melihat beberapa video yang dirakamkan oleh influencer tersebut sewaktu berada di New Zealand menerusi Instagram Khairul Aming.

Jelasnya lagi industri pelancongan di negara itu sangat menghargai usahanya.

Katanya lagi, beliau tidak menyangkal Khairul Aming telah bekerja keras dalam mencipta jenamanya dan bersemangat dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Terima kasih kerana meluangkan masa meskipun sibuk untuk mengajar saya membuat roti jala dan cendol serta menghidangkan makanan tempatan yang sangat sedap.

“Saya turut mendengar video sarapan kita telah mendapat sebanyak 8 juta tontonan di Instagram dalam masa beberapa hari. Tahinah! Sebagai seorang yang sesekali berada di Instagram, saya tahu ia adalah satu pencapaian yang luar biasa.

“Saya doakan awak dan pasukan dapat melakukan yang terbaik dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.”

Surat penghargaan tersebut telah dikongsikan oleh Khairul Aming menerusi satu hantaran di X.

Malah influencer yang terkenal dengan sikap positifnya itu turut meminta orang ramai untuk mendoakan mereka dapat pencipta konten yang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Ramai bangga dengan pencapaian Khairul Aming

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming atas kerja keras yang dilakukannya.

Malah ada yang turut berbangga dengan surat yang diterima oleh Khairul Aming serta memintanya untuk membingkaikan surat berkenaan.

“Bangga gila, bingkaikan”

“Tahniah atas penghargaan yang diterima! Semoga terus berjaya dan membanggakan Malaysia di dunia. Teruskan usaha yang baik!”

“Tahniah Khairul Aming dan team. Nak nangis, bangga gila”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.