Langgar Peronda Polis, Pemandu Mercedes Putih Larikan Diri
Menerusi video tersebut kelihatan pemandu Mercedes putih itu segera berlalu pergi selepas melanggar anggota polis peronda berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kemalangan langgar lari tak dinafikan telah banyak berlaku di negara ini meskipun sedar sudah menyebabkan pengguna lain berada dalam kesusahan ketika berada di jalan raya.
Apa yang lebih menjengkelkan segelintir dari mereka yang melakukan perbuatan tersebut dilihat langsung tidak mempunyai sifat empati apabila hanya membiarkan mangsa selepas kemalangan berlaku.
Ekoran daripada banyak kejadian seperti ini terjadi ia secara tidak langsung menunjukkan setiap kenderaan perlu mempunyai dashcam agar ia boleh menjadi bahan bukti sekiranya terdapat perkara seperti ini berlaku.
Anggota polis peronda dilanggar kereta Mercedes putih
Perkara sama turut berlaku kepada seorang anggota peronda polis apabila dia dilihat telah dilanggar oleh sebuah kereta Mercedes putih di Jalan Gombak Setapak pada 18 September.
Menerusi video yang tular di laman Facebook, awalnya kelihatan Mercedes putih itu telah bergesel dengan motosikal ditunggang oleh anggota polis terbabit ketika ingin memasuki simpang di sebelah kanan.
Perlanggaran itu telah menyebabkan anggota polis berkenaan terjatuh ke atas jalan, namun kereta Mercedes berkenaan dilihat tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya pemandu dilihat berlalu pergi dengan laju.
Alami kecederaan luka di siku akibat kemalangan, pemandu mercedes masih belum buat laporan polis
Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) itu turut dilaporkan mengalami kecederaan iaitu luka di bahagian siku ekoran daripada pelanggaran terbabit.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa pihak polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 12.11 tengah hari.
“Sehingga kini pemandu kenderaan terbabit masih gagal membuat laporan polis dan pihak polis sedang mengesan kenderaan dan pemandu berkenaan.
“Alamat mengikut rekod adalah di Pulai, Johor dan apabila pemeriksaan dijalankan kediaman tersebut kosong,” jelasnya, dipetik Kosmo.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Melihat di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang mengecam tindakan pemandu Mercedes berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang meminta pemandu itu dikenakan tindakan undang-undang yang sepatutnya.