fbpx
Now Reading
“Sebelum Aku Hilang Kau” – Kerana Sayang & Mahu Mendidik, Bapa Sanggup Bakar Motosikal Anak [Video]

“Sebelum Aku Hilang Kau” – Kerana Sayang & Mahu Mendidik, Bapa Sanggup Bakar Motosikal Anak [Video]

Menerusi video berasingan, lelaki itu memohon maaf kepada segelintir pengguna media sosial yang menganggap perbuatannya membakar motosikal agak keterlaluan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi ibu bapa, anak merupakan segalanya. Oleh sebab itu, majoriti daripada mereka akan cuba berusaha sehabis baik bagi memastikan cahaya mata tersayang hidup dalam keadaan selesa, selamat dan mendapat keperluan yang secukupnya.

Namun, sikap anak kadangkala menguji kesabaran hingga ada di antara ibu bapa yang terpaksa menggunakan cara tegas dalam mendidik mereka menjadi insan berguna di masa hadapan.

Bakar Motosikal Anak Kerana Sayang

Kerana sayang dan tidak mahu kehilangan cahaya mata tersayang, seorang lelaki nekad membakar sebuah motosikal milik anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @kajolmarey01, lelaki yang juga merupakan seorang bapa itu dikatakan hilang sabar kerana anaknya enggan mendengar kata dan sering keluar malam.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat api marak sedang membakar motosikal tersebut. Malah, turut kedengaran lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap cahaya matanya itu.

“Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia. Bakar je senang. Lebih baik tak payah ada motor lagi senang. Ada motor, jadi hantu, jadi s*tan kau.

“Ini buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak, mak bapak dah cakap macam-macam, cakap elok-elok tapi kau tak faham, ini ubat dia.

“Sebelum kau mampus dekat tangan orang lain, kau mati dekat jalan raya, baik aku bakar je, ini punca-punca dia,” katanya.

Mohon Maaf Kepada Orang Ramai Yang Anggap Perbuatan Terlampau

Menerusi video berasingan, lelaki itu memohon maaf kepada segelintir pengguna media sosial yang menganggap perbuatannya membakar motosikal agak keterlaluan.

Jelasnya, itu adalah satu cara dia mendidik anak demi kebaikan cahaya mata tersayang.

“Kadang-kadang bila kita sampai satu tahap, kita akan hilang sabar. Saya baca komen macam-macam tapi bagi saya itu cara saya untuk mendidik anak saya sendiri.

“Daripada saya hilang dia, tak pe. Saya korbankan dulu motor yang saya pernah bagi dekat dia untuk dia pergi sekolah, tapi dia bukan pakai untuk sekolah sahaja, takutla kan benda-benda lain,” katanya.

Tambahnya lagi, dia melakukan perkara sedemikian kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada anaknya pada masa hadapan.

“Dua perkara yang aku paling takut. Yang pertama, kalau polis call (telefon), ‘Encik, anak Encik ada dalam balai, ada kesalahan merempit, kesalahan samseng jalanan dan sebagainya’ dan yang kedua aku paling takut kalau ada orang atau polis call ‘encik, anak encik dah meninggal dunia, ada dekat sekian tempat’.

“Aku paling takut benda tu dan ini cara dia, aku sendiri. Terpulanglah orang nak kecam. Aku buat ini untuk budak-budak zaman sekarang.

“Anak-anak zaman sekarang ni kena ingat, emak ayah separuh mampus cari duit, nak bagi makan pakai elok-elok, bagi telefon, senang nak call.

“Aku minta maaf kalau video aku tu agak terlampau, aku minta maaf pada semua. Aku sayang anak-anak aku, aku sayang anak-anak dekat luar juga, terpulang koranglah,” katanya lagi.

Ibu Bapa Main Peranan Penting Dalam Mendidik Anak

Menerusi satu lagi video, lelaki berkenaan menjelaskan dia pernah melalui zaman permotoran dan mengalami kemalangan jalan raya.

“Saya pun pernah accident (kemalangan) waktu naik zaman TZM. Kita pun pernah lalui zaman motor, zaman motor ni tak ke mana pun sebenarnya.

“Setiap anak-anak lelaki bujang, sekarang perempuan pun dah terlibat. Salah satu punca dia pun kalau melibatkan anak-anak ni, emak ayah juga. Emak ayah leka, motor dapat dekat anak, lama-lama anak anggap motor sendiri.

“Macam kita emak ayah sendiri pun kita tak mampu nak jaga dia sepenuhnya, sebab masing-masing bekerja, anak-anak bebas,” katanya.

Bagi lelaki itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.

“Kena buat sesuatu benda yang di luar jangkaan pun ye. Tapi bagi saya, doa seorang ayah dan ibu yang terbaiklah.

“Jangan doa anak yang bukan-bukan. Kalau kita doa yang bukan-bukan, benda tu mesti akan jadi. Sebagai emak ayah, kita kena mainkan peranan,” jelasnya lagi.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat tindakan lelaki itu yang membakar motosikal anaknya.

Kebanyakan daripada mereka memuji tindakan lelaki terbabit yang tegas dalam membentuk peribadi dan mendidik anak kesayangan.

Namun, tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan lelaki itu agak keterlaluan kerana bagi mereka ada cara lain yang boleh digunakan.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Kesian Bapa Tu, Dia Dah Penat Sebenarnya”

“Salah Macam Ni Bang, Nak Didik Anak Bukan Cara Macam Ni”

“Biar Kita Menangis Sekarang, Bukan Menangis Kemudian Hari, Saya Sokong”

“Baik Jual Je Bang, Dapat Juga Duit Daripada Membazir”

“Kesabaran Seorang Ayah, Kita Nak Mudahkan Dia Tapi Dia Sendiri Tak Mahu Menghargainya”

Baca Artikel Berkaitan: “Terlalu Ikutkan Kehendak Mereka”- Ini Antara Kesilapan Ibu Bapa Lakukan Ketika Mendidik Anak

Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Didikan Family” – Kanak-Kanak Dipuji Tak Kisah Makanan Dipesan Rosak Siap Minta Rider Hati-Hati [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.