fbpx
Now Reading
“Check-In 4 PM, Check-Out Pukul 11 AM”- Ramai Tak Puas Hati Waktu Daftar Masuk & Keluar Segelintir Hotel

“Check-In 4 PM, Check-Out Pukul 11 AM”- Ramai Tak Puas Hati Waktu Daftar Masuk & Keluar Segelintir Hotel

Perubahan waktu daftar masuk dan keluar yang dilakukan segelintir hotel berkenaan akan menyebabkan tempoh penginapan tetamu menjadi lebih singkat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai lokasi pelancongan.

Malah negara ini tidak hanya dikunjungi oleh masyarakat dari luar negara, sebaliknya rakyat Malaysia juga turut menyumbang dalam sektor pelancongan tempatan dengan melancong di dalam negara sendiri.

Oleh itu setiap kali ingin melancong, pelancong tidak hanya akan menentukan lokasi destinasi mereka bahkan akan membuat pilihan di manakah hotel atau resort yang sesuai untuk didiami.

Isu check-in dan check-out hotel jadi bualan ramai di media sosial

Namun baru-baru ini, isu mengenai hotel mula menjadi bualan apabila ada pengguna media sosial mendedahkan terdapat hotel yang telah mengubah waktu daftar masuk dan keluar tetamu sesuka hati,

Perkara itu mula menjadi perbualan selepas terdapat seorang pengguna yang dikenali sebagai Hakim meluahkan pendapatnya di X.

Ini kerana ada segelintir hotel atau resort mahupun inap desa hanya membenarkan tetamu untuk melakukan daftar masuk (check-in) ke dalam bilik bermula jam 4 petang dan perlu mendaftar keluar (check-out) sebelum jam 11 pagi.

Ada yang berpendapat ketetapan masa check-in dan check-out di hotel keterlaluan

Malah dia merasakan ketetapan yang dibuat oleh segelintir pihak hotel adalah keterlaluan dan perlu dipantau.

Ini kerana, segelintir darinya ditempah pada harga yang mahal namun tetamu hanya dapat menginap pada waktu yang singkat berbanding ketetapan (check-in 3 PM, check-out 12 PM) sebelum ini.

Bukan hanya itu, pengguna tersebut turut meminta pihak Kementerian Pelancongan Malaysia untuk campur tangan dalam isu tersebut.

Ramai setuju waktu check-in, check-out segelintir hotel tak wajar

Melihat di ruangan balas, ramai yang bersetuju dengan pendapat lelaki terbabit dan merasakan itu antara punca mengapa ramai rakyat Malaysia kini lebih selesa melancong ke luar khusunya negara jiran kerana boleh mendapatkan harga untuk bilik hotel yang lebih cantik.

Ada juga berpendapat sekiranya perkara ini tidak diselesaikan mungkin suatu hari nanti akan ada hotel atau rumah penginapan yang menganjakkan lagi masa untuk tetamu mendaftar masuk dan mempercepatkan waktu check-out.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah menginap di beberapa hotel terkemuka dan berdepan dengan masalah sama iaitu waktu check-in pada jam 4 petang dan check-out jam 12 tengah hari.

Menerusi semakan kami di sebuah aplikasi tempahan hotel, sememangnya ada beberapa hotel terkemuka dan rumah inap yang menetapkan waktu daftar masuk bermula jam 4 PM seperti yang didakwa pengguna media sosial antaranya di Putrajaya, Kuantan, Melaka dan Johor.

Waktu daftar keluar pula berbeza di mana ada yang menetapkan 11PM sebagai waktu keluar dan ada yang masih menggunakan polisi waktu keluar 12PM seperti hotel yang lain.

Namun semakan lanjut kami mendapati masih ada hotel yang mengekalkan waktu daftar masuk seperti biasa iaitu jam 3 PM. Tidak kurang juga ada penginapan yang menetapkan daftar masuk pada jam 2 PM (check-out 12 PM) sekali gus memberikan tetamu lebih masa untuk beristirahat.

Berikut adalah komen netizen di ruangan balas:

“Betul keterlaluan Check-in 4pm, check-out 11am. Adjust timing sikit”

“Setuju, dia orang buat ketetapan siapa yang pantau? Kembalikan 12pm check-in, 12pm check-out”

“Baru kena dua minggu lepas, sampai hotel pukul 3 petang. Dia orang bagitahu bilik tak siap lagi. Akhirnya check-in pukul 7 petang lepas tu mereka bagi check-out lambat pukul 1 petang. Bayar penuh”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.