fbpx
Now Reading
“Hati Kau Keras” – Ramai Terhibur Lihat Makcik Selamba Bawa Motosikal Tak Pakai Helmet Depan URB PDRM [Video]

“Hati Kau Keras” – Ramai Terhibur Lihat Makcik Selamba Bawa Motosikal Tak Pakai Helmet Depan URB PDRM [Video]

Kejadian difahamkan berlaku di Jalan Kampung Jenderam Hulu di Sepang, Selangor kelmarin (21 September) ketika wanita itu sedang menuju ke sebuah masjid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, segelintir pengguna jalan raya pasti akan merasa gugup secara tiba-tiba sekiranya terserempak dengan anggota Polis Diraja Malaysia dari Unit Kereta Peronda (MPV) atau Unit Rondaan Bermotosikal (URB) meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bagi yang melakukan kesalahan undang-undang jalan raya pula, sudah tentu rasa takut itu susah untuk digambarkan apabila bertemu pihak berkuasa selain dalam fikiran sudah terbayang akan diri yang bakal disaman.

Malah, ada juga yang bertindak melarikan diri ketika ingin ditahan oleh pihak polis sekali gus membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Tular wanita tetap ‘steady’ bawa motosikal tanpa helmet sambil diekori URB

Pun begitu, lain pula dengan seorang wanita ini apabila dia dilihat tetap menunggang motosikal dengan tenang dalam keadaan tidak memakai topi keledar ketika diekori beberapa URB.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @xws1208, kelihatan seorang lagi wanita yang turut membonceng motosikal sama tidak memakai topi keselamatan.

Di dalam video tersebut, kelihatan tiga URB yang memakai motosikal jenis Kawasaki Z 250 hanya mengikuti sahaja wanita berkenaan daripada belakang.

Makcik hadapi situasi dengan tenang, tak larikan diri

Wanita terbabit juga dilihat tidak bertindak membawa laju atau cuba melarikan diri daripada pihak polis itu.

Video berkenaan dirakam oleh salah seorang penumpang kereta yang berada di hadapan wanita berkenaan di atas jalan raya tersebut.

Kejadian di Jalan Kampung Jenderam Hulu, polis tak saman hanya beri amaran

Video terbabit kemudiannya meraih perhatian ramai termasuk seorang pengguna TikTok (@m.f1rd4u592) yang mendakwa sebagai anak kepada wanita itu.

Menurutnya, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Kampung Jenderam Hulu di Sepang, Selangor kelmarin (21 September) ketika ibunya sedang menuju ke sebuah masjid.

Dakwanya lagi, pihak polis itu mengikuti ibunya sehingga ke masjid dan tidak memberi sebarang saman, sebaliknya hanya beri amaran.

“Mak saya ada urusan di Masjid Jenderam Hulu, polis ikut sampai masjid, kena bagi amaran sahaja,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial yang lain juga turut memberikan komen yang menghiburkan seperti berseloroh bahawa wanita itu sebenarnya juga anggota polis yang sedang diiring.

“Hebat makcik ni, polis siap escort lagi.”

“Makcik tu tak kosong”

“Plot twist, makcik tu sebenarnya undercover”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.