“Mahal Betul” – Aiskrim Malaysia Dijual Dengan Harga RM6 Sebatang Jadi Bualan Ramai [Video]
Meskipun peniaga Aiskrim Malaysia mengadakan promosi ‘beli dua dapat satu percuma’ dengan harga RM10 pada hari terakhir namun perakam memilih untuk menunggu terlebih dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja Aiskrim Malaysia, pasti ramai yang dah terbayang kesedapan pencuci mulut yang sudah menjadi tradisi di negara ini.
Selain daripada rasanya yang klasik, harga jualannya yang murah berbanding aiskrim lain menyebabkan ia sering menjadi pilihan utama.
Seiring dengan peredaran zaman, perisa aiskrim ini telah dipelbagaikan dan tidak hanya terhad kepada perisa biasa yang lain seperti sirap, milo, jagung dan asam boi.
Jika dahulu, harga jualannya tidak melebihi RM1 tetapi kini harga jualan aiskrim Malaysia sekitar RM0.50 sehingga RM2.00 bergantung kepada perisa dan saiz.
Aiskrim Malaysia Dijual Dengan Harga RM6 Sebatang
Namun, harga sebatang aiskrim Malaysia yang dijual di sebuah pameran baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di akaun TikTok @kainctnurhaliza, kelihatan beberapa batang aiskrim yang berwarna kuning dan ungu gelap diletakkan dalam sebuah peti sejuk.
Apa yang menjadi perhatian adalah tanda harga aiskrim yang tertera pada peti ais tersebut ialah RM6 sebatang.
Namun, difahamkan pada hari-hari terakhir pameran tersebut, penjual berkenaan telah membuat promosi buat pelanggan dengan dua batang aiskrim hanya berharga RM10 dan percuma sebatang lagi.
Ini menjadikan harga sebatang aiskrim tersebut jatuh sekitar RM3.30.
Walaupun penjual menjalankan promosi terbabit, pengguna berkenaan memilih untuk berjalan-jalan terlebih dahulu dengan harapan harga telah diturunkan.
Pengguna Media Sosial Ada Yang Terkejut, Ada Yang Boleh Diterima
Video yang telah mendapat lebih 150 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna mempunyai pendapat masing-masing mengenai harga jualan aiskrim tersebut.
Rata-rata daripada mereka terkejut dengan harga jualan aiskrim itu yang disifatkan agak mahal.
Malah, pengguna yang turut hadir ke pameran tersebut turut sama meluahkan rasa terkejut ketika melihat harga jualan berkenaan.
Namun, ada yang berpendapat kemungkinan aiskrim tersebut dibuat daripada barang atau bahan premium hingga menyebabkan dijual dengan harga sebegitu.
Berikut merupakan komen pengguna TikTok:
“Aku Ada Je Duit Nak Beli, Tapi Aku Masih Bijak Nak Belanjakan Duit Aku, Mahal Benor”
“Itu Guna Buah-Buahan Segar Kot”
“Aiskrim Inilah Buatkan Aku Mengucap Hari Tu, Baru Nak Beli Sekali Harga Dia Hmm”
“Paling Mahal Pun Orang Jual RM1 Je, Amat Dasyat Harga Dekat Sana”
“Seingat Aku 20 Sen, Paling Mahal RM0.50 Sen, Nak Sedap Sikit RM1”
“Aku Jual RM1 Sebatang Pun Orang Kata Mahal”
Baca Artikel Berkaitan: Jualan Aiskrim Campuran Ubat Batuk Pei Pa Koa Dilarang – KKM
Baca Artikel Berkaitan: Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum