fbpx
Now Reading
“Mereka Memanipulasi Kehidupan Kita” – Lelaki Nasihat Jangan Joging Kalau Nak Sihat & Kurus?[Video]

“Mereka Memanipulasi Kehidupan Kita” – Lelaki Nasihat Jangan Joging Kalau Nak Sihat & Kurus?[Video]

Sebaliknya, lelaki terbabit menasihati orang ramai agar hanya berjalan secara sederhana atau laju jika ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kecil lagi, kita diajar bahawa senaman seperti berlari, berjoging, brisk walk (berjalan laju) mahupun bersukan merupakan antara aktiviti-aktiviti yang baik untuk kesihatan dalaman serta luaran.

Malah, ada juga yang mula berjoging untuk menurunkan berat badan selain ingin mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Perkara ini dilihat mula mendapat kesedaran ramai rakyat Malaysia apabila kebanyakan kawasan rekreasi pasti dipenuhi dengan individu-individu pelbagai usia yang berjoging dan brisk walk.

Lelaki nasihat jangan lari atau ‘jogging’ kalau nak sihat dan kurus

Pun begitu, seorang lelaki yang juga influencer ini pula menasihati orang ramai agar tidak berlari atau berjoging sekiranya ingin menjaga kesihatan serta badan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @saadabiwaqas7, dia berkata tindakan berlari atau berjoging boleh mencederakan terutama bagi individu yang memiliki badan yang besar.

“Jangan lari sebab kaki korang nak dijaga dan dipakai (lama), jangan ditipu oleh Yahudi dan Nasara sebab mereka nak melariskan kasut-kasut jenama mereka.

“Itulah yang menyebabkan hari ini ramai yang joging dan berlari, sebab mereka (Yahudi dan Nasara) sudah memanipulasi kehidupan kita,” katanya.

Berjalan biasa atau laju sudah cukup untuk jaga kesihatan

Sebaliknya, lelaki terbabit menasihati orang ramai agar hanya berjalan secara sederhana atau laju jika ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat.

“Nak jaga kesihatan, jalan macam biasa atau jalan laju itu yang terbaik macam mana Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kita,” katanya lagi.

Lelaki terbabit turut menyatakan dia akan membuat penjelasan yang lebih lanjut berhubung perkara itu sekiranya ramai yang menginginkannya.

@saadabiwaqas7

Kalau nak aku huraikan pasal hal ini dengan lebih details, boleh komen “nak tahu”.. nanti aku akan buat video yang panjang pasal hal ini.. #fypp #fyf #tiktokmalaysia #foryou #viral #foryoupage #fyp #motivate #tiktokindonesia #exercise #senaman #workout #jogging

♬ Ya Rabbi – Ali Dawud

Orang ramai beri pelbagai reaksi, ada yang setuju dan tak setuju

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi berhubung pandangan lelaki itu.

Ada yang bersetuju tentang pendapat dan nasihat yang diberikan itu dan ada pula yang berpandangan sebaliknya.

Segelintir orang menyatakan bahawa senaman seperti berlari atau joging bukanlah sesuatu yang salah dan boleh mendatangkan kecederaan jika dilakukan dengan cara yang betul.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.