Ramai Puas Hati Geng Perokok & Vape Dikompaun Penguat Kuasa KKM [Video]
Menerusi video tersebut, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bharu itu ada menegur segelintir individu yang dilihat dengan selamba merokok atau vape sewaktu pelanggan sedang menikmati juadah serta mempunyai kanak-kanak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui tindakan merokok mahupun menghisap rokok elektronik (vape) di kedai makan merupakan satu kesalahan undang-undang.
Malah mereka yang melakukan tindakan tersebut boleh berdepan dengan tindakan kompaun dan didakwa ke mahkamamah serta didenda tak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bharu kenakan tindakan kepada individu yang merokok & vape di kedai makan
Baru-baru ini, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bharu (PKDJB) telah mengundang perhatian ramai apabila membuat serbuan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang merokok atau vape di dalam kedai makan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Inspektorat PKDJB di TikTok, awalnya kelihatan inspektor kesihatan dari jabatan itu telah datang ke semua kedai makan di sekitar Johor Bharu dan menegur pemuda berbaju biru yang dipercayai bertindak menghisap vape ketika berada di premis tersebut.
Rampas rokok & vape pelaku
Susulan daripada tindakan pemuda berbaju biru itu, pihak PKDJB kemudiannya meminta alat eletronik tersebut daripadanya.
Di kedai sama, dia kemudian meminta individu kedua yang dilihat merokok di premis tersebut memberikan rokok dan kad pengenalannya.
Malah PKDJB turut menunjukkan kad kuasa mereka untuk memaklumkan kepada individu yang ditegur. Tanpa mempunyai banyak soal, individu kedua itu lalu memberikan rokok yang dipegangnya serta kad pengenalan seperti yang diminta.
Langsung tak hiraukan pelanggan lain yang sedang makan dan bawa anak kecil
Selain itu, mereka juga sempat menegur segelintir dari pelanggan yang dengan selamba menghisap rokok atau vape ketika pelanggan lain sedang menikmati juadah walhal ketika itu turut terdapat kanak-kanak berada berdekatan mereka.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, pihak berkenaan turut menyerbu beberapa lagi restoran untuk membuat pemeriksaan sekiranya ada mana-mana individu yang melakukan kesalahan sama di premis terbabit.
Bukan hanya itu, mereka juga ada membuat pemeriksaan dari segi kebersihan dan sebagainya apabila berada di sesebuah restoran.
Ramai puas hati pihak berkuasa kenakan tindakan kepada individu yang tak bertanggungjawab
Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai berpuas hati.
Malah di ruangan komen, ada yang meminta agar serbuan seperti itu dilakukan secara kerap khususnya di kawasan luar bandar seperti kampung kerana masih ramai degil dan merokok atau vape di kawasan tersebut.
Cara buat aduan
Menurut KKM, sekiranya anda ternampak ada pelanggan merokok di restoran atau premis makanan anda boleh membuat aduan menerusi talian khas yang telah disediakan oleh KKM di WhatsApp iaitu 010-8608949.
Selain itu talian ini juga boleh digunakan sekiranya anda mendapati ada pemilik yang tidak meletak papan tanda larangan merokok di premis makanannya.
Berikut antara komen menarik yang diberikan pengguna media sosial.