fbpx
Now Reading
“Tak Cakap Maaf Pun” – Lelaki Bengang, Terpaksa Tunggu 30 Minit Gara-Gara Wanita Double Park Depan Kereta [Video]

“Tak Cakap Maaf Pun” – Lelaki Bengang, Terpaksa Tunggu 30 Minit Gara-Gara Wanita Double Park Depan Kereta [Video]

Menurut pemilik rakaman Dashcam berkenaan, wanita tersebut rupanya berada di Lokasi berhampiran dan tiada langsung perkataan maaf yang keluar daripada mulut individu berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.

Namun, masih ada segelintir individu yang bersikap mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa lebih-lebih lagi jika berada di kawasan yang sesak serta tempat letak kereta yang terhad.

Pada ketika inilah dapat dilihat sikap mementingkan diri segelintir individu yang meletakkan kereta di hadapan kenderaan lain tanpa menurunkan handbrake atau meninggalkan nombor telefon hingga menyusahkan pengguna yang lain.

Parking Secara Double Park, Terpaksa Tunggu Setengah Jam

Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila terpaksa menunggu selama 30 minit gara-gara sikap tidak bertanggungjawab seorang wanita.

Menerusi video yang dikongsikan semula di kumpulan DashCam Owners Malaysia, kelihatan lelaki itu sedang melihat sebuah kereta Proton Saga berwarna biru yang diletakkan di hadapan keretanya.

Melalui hantaran tersebut, dapat dilihat dia cuba menolak dan menggerakkan kereta berkenaan namun gagal dipercayai kerana brek tangan yang tidak diturunkan.

Difahamkan, dia telah menunggu selama setengah jam dan membunyikan hon dalam tempoh tersebut bagi menyedarkan pemilik kereta Proton Saga itu. Namun, tiada individu yang muncul bagi mengalihkan kenderaan berkenaan.

Rupanya Pemilik Kereta Ada Berhampiran, Tiada Perkataan Maaf Yang Keluar

Setelah beberapa saat, dapat dilihat pemilik kereta Proton Saga yang merupakan seorang wanita telah datang ke kenderaan tersebut.

Walau bagaimanapun, dia dilihat terus masuk ke kereta dan berlalu meninggalkan kawasan itu.

Menurut pemilik rakaman Dashcam berkenaan, wanita tersebut rupanya berada di lokasi berhampiran dan lebih mengejutkan tiada langsung interaksi atau perkataan maaf yang keluar daripada mulut wanita berkenaan.

“Kena sidai dengan siapa hari ini! Setengah jam hon takde siapa yang keluar. Ingatkan owner (pemilik) ada tempat jauh.

“Sekali depan kedai ni je jah! Pekak ke apa orang hon lama-lama, takkan tak dengar.

“Keluar-keluar buat muka kerek dan tidak cakap maaf pun, sib*t betul perempuan ni. Setengah jam kot aku kena sidai, dah boleh sampai rumah ikutkan,” tulisnya.

Pengguna Media Sosial Turut Sama Bengang

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memahami apa yang dirasakan oleh lelaki berkenaan.

Kebanyakan daripada mereka turut meluahkan rasa geram dan marah dengan sikap wanita itu apatah lagi bila mengetahui tiada langsung permohonan maaf.

Ada juga di antara mereka yang turut berkongsikan pengalaman berhadapan dengan situasi yang sama.

Double Park Adalah Satu Kesalahan, Boleh Dikenakan Denda

Tahukah anda, double park atau parkir berganda merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan denda?

Pemilik kenderaan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM300 sebagai kompaun atas kesalahan trafik.

Malah, mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara minimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Malu Dekat Awak Yang Perempuan Ni, Dah Buat Salah Minta Maaf Ke Apa Ke, Ini Muka Tak De Rasa Bersalah Langsung Alahai”

“Pernah Kena 4 Jam Dekat Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Jenis Manusia Tak De Otak”

“Sejenis Perangai Macam Ni Memang Menyusahkan Sangat, Pentingkan Diri”

“Saya 5 Minit Pun Dah Berangin, Inikan Abang Setengah Jam, Patutnya 2 Minit Hon, 3 Minit Terus Call Polis Atau Majlis”

Baca Artikel Berkaitan: “Menyusahkan Orang” – Pemandu Myvi Selamba ‘Double Park’ & Tarik Brek Tangan Dikecam Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Cari Pemilik Kereta Tayang Vest Polis, ‘Double Park’ Kenderaan Hingga Halang Lalu Lintas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.