“Tinggi Ilmu Uncle Ni” – Lelaki Boleh Arah Burung Merpati Terbang & Patah Balik, Raih Perhatian [Video]
Dalam video terbabit, kedengaran lelaki tersebut mengarahkan haiwan berdarah panas itu untuk terbang ke arah sebuah pokok dan kembali semula ke kawasan terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Tidak dinafikan, burung merpati merupakan salah satu spesis haiwan boleh terbang yang bijak selain daripada burung gagak.
Memetik laman web Iluminasi, burung ini juga mempunyai kebolehan untuk mengenali manusia dan tempat yang banyak pada satu-satu masa.
Maka tidak hairanlah jika burung merpati pernah digunakan pada zaman perang dunia kedua (WW2) sebagai perantara atau penghantar maklumat.
Meskipun ianya bijak, namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengawal atau mengarahkannya melakukan sesuatu terutamanya burung merpati liar.
Lelaki di Pulau Pinang mampu arah burung merpati liar
Pun begitu, siapa sangka seorang lelaki di Padang Kota, Pulau Pinang ini mampu memberi arahan kepada burung-burung merpati liar di kawasan terbabit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mqzbiketowing, kelihatan sekawan burung merpati sedang duduk mengerumuni lelaki berkenaan.
Arah burung merpati terbang ke pokok dan patah balik
Dalam video terbabit, kedengaran lelaki tersebut mengarahkan haiwan berdarah panas itu untuk terbang ke arah sebuah pokok dan kembali semula ke kawasan terbabit.
“Satu, dua, tiga dan terbang sama-sama, pokok yang kedua (terbang ke sana) dan kembali semula ke sini,” kata lelaki terbabit kepada burung-burung berkenaan.
Apa yang menakjubkan, burung-burung merpati itu lantas terbang ke arah pokok yang dimaksudkan sebaik lelaki berkenaan menghitung sehingga tiga dan menepuk tangannya.
Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit memanggil semula sekawan burung merpati terbabit sebelum haiwan berkenaan kembali ke arahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Kebanyakan orang berasa kagum melihat kebolehan lelaki berkenaan berkomunikasi bersama burung-burung merpati terbabit.
Malah, ada juga yang menyimpan hasrat ingin ke Padang Kota untuk melihat perkara itu di depan mata mereka sendiri.