Asyik Terngiang Lagu ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’? Dr Mala Kongsi Cara Mudah Atasi Masalah Earworm [Video]
Jelas Dr Malar yang juga penerima Anugerah Pekerja Contoh 2023 itu, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu yang melibatkan organisasi atau syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.
Malah, lagu yang dikaitkan dengan syarikat tersebut iaitu ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’ turut tular di kebanyakan platform media sosial hingga ada yang menggunakannya sebagai bunyi latar belakang sesebuah video parodi.
Penggunaan lagu itu menyebabkan ada di antara pengguna media sosial sering teringat-ingat atau terngiang lagu tersebut dalam kepala hingga kadang kala menyebabkan timbul rasa kurang senang.
Walaupun telah cuba untuk berhenti daripada mengingati lagu tersebut, ada ketikanya ia tetap datang kembali.
Baca Artikel Berkaitan: MCMC Pantau Pihak Buat Parodi Guna Lagu GISBH, Ambil Tindakan Jika Ada Laporan
Apa Itu Earworm?
Terbaharu, menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan yang juga merupakan pempengaruh, Dr Malar, dia berkongsikan tips bagaimana untuk menghilangkan lagu yang terngiang-ngiang di kepala.
Jelas Dr Malar atau nama sebenarnya Malar Santhi Santherasegapan, situasi tersebut dipanggil sebagai earworm.
“Sekarang ni ramai masyarakat Malaysia alami masalah earworm. Earworm bermaksud satu fenomena yang mana you all (anda semua) terdengar satu lagu dan lagu tu asyik bermain-main di fikiran anda.
“Tapi you tak suka pun lagu tu, menyampah, benci tapi tak boleh berhenti. Berulang-ulang lagu tu dalam minda anda, itu adalah fenomena earworm.
Relate Dengan Keadaan Semasa, Berseloroh Tak Semestinya Jadi Ahli
Malah, melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat influencer itu berseloroh memaparkan lagu Pasar Ikhwan Di Putrajaya sebagai contoh lagu yang terngiang-ngiang dalam fikiran setengah pihak pada ketika ini.
“Kalau you all dah terkena masalah earworm ni, tak bermaksud kamu dah jadi ahli tahu.
“Ia hanya bermaksud memanglah otak dan minda kita kadang-kadang mengulangi benda yang sama tanpa kesedaran kita,” katanya.
Kongsi Tips Tangani Earworm
Jelas penerima Anugerah Pekerja Contoh 2023 itu, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah berkenaan.
“Yang pertama cuba sibukkan diri dengan aktiviti lain, yang kedua cuba abaikan, janganlah rasa benci sangat.
“Yang ketiga, kaedah paling berkesan sebenarnya adalah cuba dengar lagu lain, yang anda boleh hafal lirik dan anda suka rentak dia.
“Dengar lagu tu kuat sikit, lama sikit supaya lagu baru tu pula masuk dalam minda dan berulang-ulang lagu baru.
“Saya harap tips ini boleh membantu anda supaya kita semua, rakyat Malaysia sembuh daripada earworm,” katanya.
Video yang sama turut dikongsikan oleh influencer tersebut di Instagram miliknya.
Pengguna Media Sosial Terhibur, Ada Yang Ucap Terima Kasih Kerana Kongsi Tips
Hantaran tersebut nyata menjadi perhatian pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka terhibur dengan celoteh Dr Malar yang pandai mengaitkan situasi semasa dengan apa yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini.
Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana berkongsikan tips yang berguna itu.
Berikut merupakan komen pengguna Instagram:
“Akhirnya Ada Doktor Yang Cuba Menyelamatkan Rakyat Malaysia Sekarang Ini, Terima Kasih Dr Malar”
“Tips Terbaik! Salute Dr Mala”
“Dr So Cepatla Dengan Isu Semasa”
“Terima Kasih Doktor Atas Nasihat, Saya Kerap Alami Masalah Earworm Ini”
Baca Artikel Berkaitan: Asyik Terngiang Lagu Sama Di Kepala? Ini 5 Cara Untuk Bantu Korang Hentikannya
Baca Artikel Berkaitan: “TikToker & Youtuber Bukan Satu Pekerjaan”, Dr Malar Tergamam Lihat Respon Cita-Cita Pelajar