“Cara Bercakap, Berjalan & Senyum Semua Sama” – Wanita Terubat Rindu Jumpa Lelaki Mirip Arwah Ayah [Video]
Di dalam video terbabit, kelihatan wanita berkenaan menggunakan peluang berharga untuk dia menatap lelaki itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perkara paling ditakuti oleh setiap insan di dunia ini pastinya saat pemergian orang dikenali khususnya insan tersayang.
Bagaimanapun, kematian adalah satu perkara yang tidak dapat dihindari dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui saat seseorang hambanya itu akan meninggal dunia.
Hal ini menyebabkan mereka yang masih lagi diberi kesempatan untuk hidup hanya mampu memendam perasaan rindu terhadap individu yang telah tiada.
Wanita terubat rindu, terjumpa lelaki mirip arwah bapa
Pun begitu, seorang wanita ini berjaya mengubati perasaan rindunya selepas terjumpa seorang lelaki yang mirip akan arwah bapanya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok wanita itu (@dyharf), dia berkata cara berjalan, cara memakai jam tangan dan cara tersenyum semuanya sama seperti bapanya.
“Allah tahu aku rindu, Allah hadirkan orang yang seiras dia (bapa) untuk aku lepaskan rindu. Al-Fatihah, abah,” tulisnya di dalam video.
Tatap sepuas-puasnya, sebak lihat lelaki sebijik arwah bapa
Di dalam video terbabit, kelihatan wanita berkenaan menggunakan peluang berharga itu untuk dia menatap lelaki terbabit.
Malah dia juga kelihatan sangat sebak melihat sosok tubuh dan wajah lelaki berkenaan yang telah mengingatkan dia terhadap insan tersayangnya itu.
Video berdurasi 49 saat itu telah meraih lebih 655,300 tontonan dan kira-kira 40,000 tanda suka di TikTok.
Menerusi satu lagi hantaran video berasingan, wanita itu turut berkongsi beberapa gambar arwah bapanya yang saling tak tumpah seperti lelaki terbabit.
Perkara sama turut diakui oleh pengguna media sosial yang lain selepas melihat wajah dan sosok tubuh bapa kepada wanita berkenaan.
Orang ramai pakat sebak dan titip doa buat wanita itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat wanita itu yang amat merindui arwah bapanya.
Mereka turut menitipkan doa buat Allahyarham selain berdoa agar wanita berkenaan diberikan kekuatan untuk menembuh kehidupan tanpa bapa tercinta.
Malah, tidak kurang juga mereka yang berkongsi pengalaman sama apabila bertemu dengan insan yang seiras dengan individu mereka rindui.