fbpx
Now Reading
Kasih Seorang Ayah! Bapa Masih Belikan Barang Dapur Walaupun Anak Dah Kahwin Buat Ramai Tersentuh [Video]

Kasih Seorang Ayah! Bapa Masih Belikan Barang Dapur Walaupun Anak Dah Kahwin Buat Ramai Tersentuh [Video]

Melalui video berkenaan, dapat dilihat bapa wanita itu membawa baldi yang dipenuhi dengan barang basah manakala adik perempuannya membawa barang kering.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak tidak terbatas. Malah, pengorbanan mereka dalam menjaga dan membesarkan cahaya mata tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit atau barang berharga di dunia ini.

Disebabkan rasa kasih yang mendalam, ada ibu bapa masih menjalankan tanggungjawab menyediakan barang keperluan walaupun anak telahpun mendirikan rumah tangga khususnya terhadap anak perempuan.

Beli Barang Dapur Walaupun Anak Telah Berkahwin

Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila ayah kesayangannya masih lagi menjalankan tanggungjawab dan memberi layanan seolah-olah puterinya itu masih berada di bawah jagaannya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @fyfa09, kelihatan bapa bersama adik perempuan wanita itu telah datang ke rumahnya hanya kerana mahu menghantar barang dapur.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan dan layanan yang diberikan oleh lelaki itu terhadap anak kesayangannya walaupun wanita tersebut telah mendirikan rumah tangga.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat bapa wanita itu membawa baldi yang dipenuhi dengan barang basah manakala adiknya membawa barang kering.

Antara barang basah yang dibeli oleh ayah wanita itu adalah udang, ayam, ikan, sotong, daging dan sayuran seperti timun serta kobis.

Tidak ketinggalan barang kering seperti sos tiram, telur, garam, minyak, beberapa tin sardin, perencah nasi goreng dan bihun goreng serta dua kampit beras juga dibelikan oleh bapanya itu.

Malah, lelaki berkenaan turut membeli plastik sampah khusus buat anak kesayangannya.

Kalau dilihat, stok barang yang dibeli oleh lelaki berkenaan buat anak perempuannya itu cukup digunakan untuk sebulan!

Difahamkan, bapanya itu sememangnya akan menghantar barangan tersebut pada setiap bulan.

Turut Beri Layanan Sama Terhadap Anak Yang Lain, Kadang Jumpa Bagi Duit

Jelas wanita berkenaan menerusi ruang komen, ayahnya itu turut memberi layanan yang sama terhadap adik beradiknya yang lain walaupun ada di antara mereka juga telah mendirikan rumah tangga.

Kadang kala, dia turut menerima duit belanja sekitar RM50 ke RM100 daripada bapanya itu.

@fyfa09

Siapa ada ayah suka beli ke kita walaupun dah jadi isteri🥹, sebaldi dua ayah i mai hantar💓🫂 #dad #fyp #funnyvideos

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Tindakan & Layanan Ayah Buat Ramai Tersentuh

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.1 juta itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial tersentuh melihat layanan yang diberikan seorang bapa terhadap anaknya.

Malah, ada yang berasa sedih kerana tidak dapat merasakan kasih sayang sedemikian disebabkan bapa mereka telah pergi menghadap Illahi.

Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman sama merasai kasih sayang yang tidak terbatas daripada ibu bapa mereka.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ayahkan, Cukup Risau Anaknya Tak Cukup Makan, Walhal Terlebih Makan Kadang”

“Ayah Saya Pun Baik Macam Ayah Awak, Dah Kahwin & Dah Ada Anak Sentiasa Ada Untuk Kitaorang”

“Alhamdulillah, Abah Saya Selalu Kirimkan Ayam Sebab Abah Kerja Pasar”

“Bestnya Ada Ayah, Saya Dari kecil Tak Pernah Rasa Kasih Sayang Seorang Ayah”

“Dia Kalau Boleh Tak Anak Dia Tak Cukup Apa-Apa Dari Segi Makanan Walaupun Anak Tu Mampu Beli Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan: Macam Filem Papadom, Video Kasih Sayang Seorang Bapa Terhadap Anak Perempuannya Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kasih Sayang Seorang Ayah” – Bapa Sanggup Kejar Sampai Ke Highway Karak Demi Anak Yang Tertinggal Bas [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.