fbpx
Now Reading
Ramai Puji Konten Galakkan Budak Bermain Di Masjid, Pupuk Minat Ke Rumah Allah [Video]

Ramai Puji Konten Galakkan Budak Bermain Di Masjid, Pupuk Minat Ke Rumah Allah [Video]

Konten menggalakkan kanak-kanak ke masjid itu turut disukai oleh orang ramai, malah ia membuatkan budak mudah didik untuk melakukan ibadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masjid atau surau merupakan rumah ibadah buat setiap penganut agama Islam. Oleh itu, ia digunakan bukan sahaja sekadar untuk menunaikan solat namun ia juga turut dijadikan tempat untuk pelbagai perkara bermanfaat.

Sebagai contoh masjid juga merupakan salah satu tempat di mana orang ramai boleh menimba ilmu dengan mengadakan pelbagai kelas seperti ilmu agama, memasak, akademik dan banyak lagi.

Malah dengan mempelbagaikan aktiviti di masjid dan surau ia secara tidak langsung mengalakkan orang ramai serta penduduk setempat untuk lebih kerap berada di rumah Allah SWT itu dengan melakukan pelbagai perkara yang bermanfaat.

Masjid buat perbandingan POV tahun 2000 & 2024 reaksi imam bila kanak-kanak main dalam masjid

Baru-baru ini, sebuah masjid di Jalan Gombak, Kuala Lumpur iaitu Masjid Zaid Bin Haritsah telah membuat satu konten di media sosialnya untuk mengalakkan golongan kanak-kanak sentiasa berada di masjid.

Menerusi video perbanding sudut pandang (POV) yang dimuat naik oleh pihak masjid itu di TikTok, awalnya mereka memberikan POV pada tahun 2000 mengambarkan situasi kanak-kanak sedang bermain di dalam masjid.

Siap bawa rotan nak larang budak main dalam masjid

Dalam video itu, kelihatan seorang imam atau individu lebih dewasa akan sering memarahi kanak-kanak agar tidak bermain di dalam rumah ibadah tersebut.

Malah imam dalam video itu turut membawa rotan sebagai salah satu tanda melarang perkara itu dari terus dilakukan di dalam masjid terbabit.

Berbeza tahun 2024, imam turut sertai budak-budak main dalam masjid

Namun POV itu mula berubah apabila masuk ke tahun 2024 di mana orang dewasa serta imamnya lebih terbuka untuk menggalakkan kanak-kanak bermain di dalam masjid.

Apa yang lebih menarik perhatian imam tersebut turut dilihat bermain bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut di dalam video berkenaan.

Di akhir video mereka turut memberi pesanan untuk membiarkan anak-anak kecil bermain di masjid agar mereka berasa dekat dengan rumah ibadah tersebut.

“Biarkan mereka berlari-lari di masjid, jangan mereka lari daripada masjid,” pesannya.

@masjidzaidbinthabit

Imam zaman sekarang bukan main ya? 🤣 Jom follow tiktok Masjid Zaid bin Thabit & selamat datang ke tiktok Masjid bagi followers baharu. Terima kasih support konten Masjid ini. 🫰🏻 #gengmasjid #mzbt #masjidzaidbinthabit #solatjemaah #trending #jomsolat #bismillahfyp #masjid #mesra #kanakkanak

♬ original sound – masjidzaidbinthabit – masjidzaidbinthabit

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik, pihak masjid itu turut menunjukkan bagaimana keadaan kanak-kanak itu apabila bermain di dalam rumah ibadah tersebut.

@masjidzaidbinthabit

Semoga anak-anak ini terus mencintai masjid 🤲🏻 Cuba share pengalaman best kat surau/masjid korang, komen kat bawah 🫰🏻 #gengmasjid #jomsolat #bismillahfyp #masjidzaidbinthabit #jumaat #sedekah #mesra

♬ original sound – masjidzaidbinthabit – masjidzaidbinthabit

Ramai suka konten galakkan budak-budak ke masjid

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka dengan konten menggalakkan anak-anak untuk ke masjid itu. Ini kerana, mereka secara tidak langsung juga dapat didik untuk sentiasa melakukan ibadah.

Malah bukan hanya itu, ada juga yang berkongsi pengalaman di mana masjid di kawasan mereka turut menggalakkan kanak-kanak bermain dan turut mengadakan kelas mengaji. Apa yang lebih menarik kelas mengaji itu turut mendapat sambutan yang baik di kalangan anak-anak kecil.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi masjid di kawasan mereka pula memarahi kanak-kanak daripada bermain di kawasan masjid. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan rumah ibadah tersebut menjadi sunyi dan hanya dikunjungi ketika waktu solat.

“Anak saya suka pergi masjid sebab imam dekat situ suka main dengan dia orang. Polis lah, nyorok-nyorok lah tapi dengan syarat kena solat dan dengar ceramah dulu..”

“Masa kecil-kecil dulu pernah main lari-lari dekat surau tapi kena halau dengan makcik dekat situ”

“Tabiat normal budak-budak ni bermain. Kita ajak budak-budak main di kawasan surau atau masjid. Ada masa buka sirah-sirah nabi dan rasul…”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.