fbpx
Now Reading
“Bukan Sebab Nafsu Sahaja” – Peguam Syarie Kongsi Syarat Untuk Suami Mohon Berpoligami

“Bukan Sebab Nafsu Sahaja” – Peguam Syarie Kongsi Syarat Untuk Suami Mohon Berpoligami

Berkemampuan untuk menanggung tanggungan (isteri dan anak) merupakan salah satu syarat yang ditetapkan untuk seorang suami berpoligami.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Poligami merupakan amalan di mana seorang suami mempunyai lebih daripada satu isteri pada waktu yang sama. Dalam Islam poligami dibenarkan kerana maslahah kemasyarakatan dan untuk melindungi kebajikan kaum wanita.

Namun di Malaysia, isu poligami ini merupakan antara topik yang sensitif dan sering menjadi perdebatan orang ramai terutamanya golongan wanita kerana terdapatnya golongan lelaki yang mahu mengamalkannya meskipun tidak ‘berkemampuan’.

Dengan menggunakan alasan Islam membenarkan seseorang suami berpoligami, namun mereka terleka yang ia mempunyai syarat yang harus dipatuhi dan bukan hanya mengira nafsu semata-mata.

Lelaki mohon nak berpoligami tapi tiada kerja dan pendapatan tetap

Seperti baru-baru ini, seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Atikah mendedahkan terdapat lelaki yang memohon untuk berpoligami, namun si suami itu tidaklah memiliki pekerjaan dan pendapatan yang tetap.

Menerusi bebenang yang dimuat naik oleh Atikah di akaun X miliknya, lelaki terbabit bersama isteri dan tiga orang anak mereka masih lagi menetap di rumah ibunya.

“Hakim tanya sekarang ada berapa duit, (lelaki itu jawab) ada RM50.

“Masih ada lagi yang tidak faham syarat untuk berpoligami bukan sebab nafsu terus boleh berpoligami,” ciapnya.

Bukan suka hati boleh berpoligami, ini syarat-syaratnya yang harus dipatuhi

Susulan itu, Atikah menyenaraikan beberapa syarat yang diperuntukkan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam bagi membolehkan seseorang suami memohon untuk berpoligami.

Syarat untuk berpoligami:

  1. Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu memandang kepada hal-hal seperti berikut, iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
  2. Bahawa pemohon (lelaki) mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu.
  3. Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak.
  4. Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie (kemudaratan yang diiktiraf oleh syarak) kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

“Islam memang membenarkan poligami tapi mestilah mengikut syarat dan panduan,” ciapnya lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Akta Undang-Undang Keluarga Islam, klik di sini.

Tular wanita dedah ibunya isteri kepada salah seorang pemimpin tertinggi GISBH

Isu poligami kembali mendapat perhatian selepas tular satu video memaparkan seorang wanita yang mendakwa sebagai anak salah seorang pemimpin tertinggi GISBH yang mendedahkan tentang penderitaan yang dilalui oleh ibunya.

Difahamkan, ibu kepada wanita terbabit merupakan isteri keempat kepada ahli GISBH itu dan tidak diberi tahu bahawa dia akan bermadu ketika ingin berkahwin dahulu.

Dia turut mendedahkan pengalaman-pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibunya semasa bergelar isteri dahulu di mana kesan trauma itu masih ada sehingga kini.

Malah, suami kepada wanita terbabit turut mendakwa bahawa kebanyakan pemimpin tertinggi GISBH diharuskan untuk berpoligami dengan sentiasa memenuhi kuota iaitu beristeri empat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.