fbpx
Now Reading
Gelagat Kanak-kanak Suruh Ibu Bersyukur Dapat Markah 82% Dalam Peperiksaan Cuit Hati Ramai [Video]

Gelagat Kanak-kanak Suruh Ibu Bersyukur Dapat Markah 82% Dalam Peperiksaan Cuit Hati Ramai [Video]

Menerusi video tersebut Umar turut memaklumkan kepada si ibu, meskipun dia mendapat markah 82% namun ia masih dalam gred A.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar ibu bapa mahupun penjaga pasti ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam setiap bidang yang diceburi termasuklah pendidikan.

Oleh itu, sebagai ibu bapa adalah penting untuk mereka memantau tahap pembelajaran anak menerusi prestasinya di sekolah.

Menerusi prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak di dalam peperiksaan ia secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa dalam mengendalikan masalah pelajaran si kecil.

Gelagat kanak-kanak buat kejutan dekat ibu tunjuk kertas peperiksaan raih perhatian

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak telah menjadi perhatian ramai ketika menunjukkan markah peperiksaan yang diperolehinya kepada ibu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zanpolaris88 di TikTok, pada mulanya kelihatan murid lelaki yang dikenali sebagai Umar itu ingin memberikan kejutan kepada ibunya.

Minta ibu bersyukur dengan kejutannya

Namun sebelum memberi kejutan itu, Umar sempat berpesan kepada si ibu untuk bersyukur dengan apa yang bakal ditunjukkan.

“Mama, Umar ada surprise (kejutan) untuk mama ni. Tapi mama kena bersyukur. Ni sirah punya peperiksaan sekolah agama,” katanya sambil menunjukkan kertas tersebut kepada si ibu.

Tertera di kertas tersebut yang Umar mendapat markah sebanyak 82% bagi mata pelajaran berkenaan.

“Bersyukurlah ma, bersyukur”

Si ibu lalu bertanya mengapa dia mempunyai empat kesalahan dalam peperiksaan itu. Namun jawapan Umar ternyata membuatkan si ibu terdiam.

“Bersyukurlah ma, bersyukurlah. Umar nak dapat 100% pun susah. Macam mama pergi kerja nak dapat duit. Macam Umar lah nak dapat 100% pun susah, jadi kena bersyukur.”

Masih dapat gred A walaupun markah 82%, minta ibu doa dan jangan main telefon

Malah si kecil itu turut menekankan meskipun hanya mendapat 82% namun ia masih dalam gred A.

Si ibu yang terkesima dengan jawapan yang diberikan lalu berkata ‘mama bersyukur, tahniah Umar’ kepada anaknya itu.

Tidak hanya itu, Umar turut bertanya adakah si ibu ada mendoakannya dan akan cuba mendapatkan markah 100% untuk peperiksaan yang akan datang.

“Kalau mama doa, Umar nak bagi dapat 100% untuk banggakan mama. Haa jangan main telefon dah. Doakan Umar bagi pandai,” ujar si kecil itu lagi.

Si ibu lalu menjawab dia sentiasa mendoakan anak kesayangannya itu namun Umar juga perlu berusaha dengan belajar bersungguh untuk mendapatkan markah terbabit.

@zanpolaris88

jawapan tak penahnya salah. ada saja dia nak kona . #umar #fyp

♬ original sound – zanpolaris88 – zanpolaris88

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan keletah Umar. Malah mereka juga turut mendoakan agar kanak-kanak itu berjaya dalam perlajaran.

“Kena doa dekat Umar, jangan main telefon je 😂”

“Yang penting bersyukur ya mama, alhamdulillah anak soleh dan bijak”

“Tahniah Umar.. macam mana pun mesti nak kona juga, bijak dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.