
“Itu Saya Yang Bertudung Putih”- Wanita Kongsi Pengalaman Jadi Pelakon Tambahan Filem Marvel, Thunderbolts*
Menurut Arabella, ketika pengambaran dilakukan mereka (pelakon) tidak dibenarkan untuk menguar-uarkan kepada sesiapa mengenainya malah mereka juga tidak diberitahu filem Marvel apakah yang sedang dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 23 Sepetember lalu, Marvel Studios’ telah menayangkan treler bagi filem Thurderbolts di YouTube rasminya.
Tayangan treler itu secara tidak langsung telah menarik perhatian masyarakat di negara ini kerana tidak menyangka filem tersebut turut melakukan pengambaran di Malaysia.
Antara pelakon yang dilihat berada dalam babak tersebut adalah Florence Pugh yang berdiri di tengah-tengah puluhan pelakon tambahan di Medan Pasar Kuala Lumpur.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Filem Thunderbolts* Oleh Marvel Studios Tampilkan Babak Di Malaysia
Wanita kongsi pengalaman jadi pelakon tambahan untuk filem Thunderbolts*
Perkara itu membuatkan orang ramai teruja khususnya peminat francais Marvel Cinematic Universe.
Namun apa yang mencuri tumpuan salah seorang wanita yang merupakan pelakon tambahan dalam filem tersebut turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjalankan pengambaran.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Arabella atau @geekyhawt di X, awalnya dia membalas hantaran dari GSC Cinema yang memuat naik foto bangunan di Kuala Lumpur di dalam treler tersebut.
Arabella kemudiannya mengatakan, dia merupakan salah satu individu yang berada bersama-sama dengan pelakon Amerika Syarikat berkenaan.
“Itu saya, yang memakai tudung putih sebelah Florence Pugh,” tulisnya.
THATS ME IN THE WHITE TUDUNG NEXT TO FLORENCE PUGH https://t.co/MXTd240Mxa
— 🇵🇸arabella🇵🇸 (@geekyhawt) September 24, 2024
Dilarang menguar-uarkan mengenai pengambaran filem yang dilakukan dan perlu tanda tangan NDA
Susulan daripada pendedahannya itu, terdapat pengguna X yang bertanya adakah dia tahu filem apakah yang dilakukan ketika pengambaran terbabit berlangsung serta adakah mereka dilarang untuk menguar-uarkan mengenainya.
Arabella kemudian mengatakan dia pada waktu itu tidak tahu pengambaran filem apakah yang sedang dilakukan oleh studio penerbitan terkenal tersebut.
Malah mereka juga dilarang untuk berkata mengenainya serta perlu menandatangani Nondisclosure Agreement (NDA).
“Dilarang! Perlu tanda tangan NDA dan tidak boleh berkata mengenai projek itu. Mereka juga tidak memaklumkan kepada kami, filem Marvel apakah yang mereka lakukan.
“Hanya tanda tangan NDA, datang ke tempat pengambaran, ikut arahan. Malah mereka juga tidak memaklumkan kepada kami selebriti yang mana akan berada di sana,” ujar Arabella.
Florence Pugh sememangnya berkunjung ke Kuala Lumpur, dilarang bercakap dengan pelakon wanita terbabit
Tidak kurang juga ada yang bertanya adakah Florence Pugh benar-benar ada ketika pengambaran dijalankan atau ia disunting menggunakan skrin hijau.
Arabellah menjelaskan pelakon wanita itu sememangnya berada di negara ini namun hanya sekitar dua hari.
Selain itu, Arabella turut memaklumkan dia hanya mendapat bayaran beberapa ratus ringgit bagi pengambaran tersebut selepas ada yang bertanya berapakah bayaran yang diterima.
Meskipun berpeluang bertemu dan berlakon dengan aktres terbabit namun mereka dilarang untuk bercakap dengannya.
Pengambaran dilakukan beberapa bulan lalu
Katanya lagi, pengambaran itu dilakukan pada beberapa bulan yang lalu dan menyifatkan situasi terpaksa menutup mulut mengenai filem itu adalah sangat menyiksakan.
Pengguna X turut mengucapkan tahniah kepada Arabella kerana menjadi salah satu pelakon tambahan dalam filem terkenal seperti Marvel.
Ini kerana, meskipun kemuculannya sekira 4 saat, namun ia suatu perkara yang boleh dibanggakan selepas terlibat dalam filem terkenal antarabangsa.
“Mahal tak dia bayar?”

“Girl, awak jumpa dia?”

“Bagaimanakah dia (Florence Pugh) adakah sama seperti di dalam filem?”
