fbpx
Now Reading
“Kampung Terakhir Di Singapura”- Ramai Teruja Lihat Kampong Lorong Buangkok [Video]

“Kampung Terakhir Di Singapura”- Ramai Teruja Lihat Kampong Lorong Buangkok [Video]

Menerusi video tersebut, Mui Hong yang merupakan anak kepada pemilik tanah di Kampong Lorong Buangkok menjelaskan dia enggan menjual hartanah tersebut kerana sudah berjanji dengan bapa untuk menjaganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Singapura merupakan sebuah negara maju dengan pelbagai fasiliti malah ia turut diiktiraf sebagai salah satu negara dunia pertama.

Jika ke negara ini, anda juga dapat melihat pelbagai bangunan yang dibina di setiap pelusuk. Bukan hanya itu, rata-rata masyarakat di sana juga tinggal di rumah strata atau dikenali sebagai Housing and Development Board (HDB).

Singapura masih ada kampung dikenali sebagai Kampong Lorong Buangkok

Namun, mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya Singapura masih mempunyai sebuah perkampungan yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Wan dan Zal di TikTok, kampung itu dikenali sebagai Kampong Lorong Buangkok dan ia merupakan tanah persendirian.

Kawasan persendirian yang dibeli oleh peniaga ubat-ubatan Cina

Menurut Wan dan Zal tanah tersebut telah dibeli pada tahun 1956 oleh Mr Sng Teow Koon beliau juga merupakan seorang peniaga yang menjual ubat-ubatan Cina.

Katanya pada tahun 1956 hanya empat buah rumah yang dibina di kawasan tersebut namun kini ia mempunyai sekitar 20 buah rumah.

Pemilik tanah tersebut bagaimanapun telah diambil alih oleh anaknya yang dikenali sebagai Puan Sng Mui Hong.

Tanah tidak boleh diambil oleh kerajaan

Tanah kampung ini tidak boleh diambil oleh kerajaan negara tersebut kerana ia dikategorikan sebagai Freehold land (hak milik kekal). Oleh itu, selagi pemilik enggan menjualnya ia tidak boleh diambil sesuka hati.

Melihat di dalam kawasan perkampungan itu, turut terdapat surau yang dibina dan ia kelihatan kemas serta teratur.

Peninggalan kampung yang masih ada itu secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman kepada generasi kini dan akan datang bagaimanakah suasana kampung di Singapura.

Sudah janji dengan bapa untuk menjaga hartanah tersebut

Dalam satu lagi video, Wan dan Zal sempat menemurahmah pemilik tanah tersebut iaitu Mui Hong dan bertanya mengapakah dia enggan menjual tanah berkenaan.

Mui Hong menjawab kampung itu sudah berusia sekitar 69 tahun dan dia telah berjanji dengan bapanya untuk tidak menjual hartanah terbabit.

“Untuk bapa saya, dia cakap awak jangan jual tanah saya ya. Saya nak jaga anak, nak jaga tanah, nak jaga cucu. Ini tempat dia sendiri buat, dia sendiri beli bukan kita (saya) punya. Saya jaga sahaja,” ujarnya.

Dalam temubual itu, Mui Hong turut dilihat sangat fasih berbahasa Melayu malah apabila didengar dengan teliti ia juga seperti ada lenggok percakapan Baba Nyonya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat kampung tersebut. Malah ada yang merasakan perkampungan itu perlu dikekalkan agar ia masih dapat dinikmati oleh generasi di Singapura yang akan datang.

“Pernah solat dekat surau ni, masa MCO, lepas main futsal dekat kawasan sana”

“Seronok ada kampung dekat Singapura…”

“Jaga betul-betul kampung ni, untuk anak cucu tahu. Singapura pernah ada kampung”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.