fbpx
Now Reading
“Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]

“Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]

Difahamkan, kenduri kahwin tersebut merupakan majlis perkahwinan adik bongsu pengguna TikTok berkenaan yang berlangsung di di Kampung Perak, Batu Kurau, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang pastinya mahu yang terbaik di hari bahagia. Ada di antara mereka sudahpun merancang dari awal lagi bagi memastikan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Bagi sesetengah individu, ada yang menetapkan tema tertentu bagi meraikan saat berharga itu.

Antara tema yang sering menjadi pilihan adalah perkahwinan ala Inggeris, konsep dalam taman, moden dan tradisional.

Kenduri Kahwin Tema Melayu Klasik Curi Tumpuan

Namun, berbeza pula dengan tema sebuah majlis perkahwinan di Kampung Perak, Batu Kurau, Perak yang sememangnya lain dari yang lain.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @pantangjumpakopijalanan, kenduri kahwin itu menjadi perhatian kerana bertemakan Melayu klasik seolah-olah di era 60an dan 70an.

Difahamkan, kenduri kahwin tersebut merupakan majlis perkahwinan adik bongsu pengguna berkenaan.

Ahli Keluarga Berpakaian Seperti Orang Dulu, Hiasan Seperti Zaman Melayu Lama

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat majoriti ahli keluarga mengenakan pakaian seperti orang Melayu terdahulu.

Bagi orang lelaki, kebanyakan mereka memakai baju t-shirt putih dan kemeja di luar serta menjadikan kain pelikat sebagai samping seolah-olah dalam filem Melayu Klasik.

Kaum Hawa pula menjadikan kain batik sebagai selendang dan diletakkan di bahagian kepala.

Apa yang lebih menarik adalah suasana kenduri tersebut mempunyai vibe zaman 60an dan 70 an apabila ia dihias dengan dekorasi seperti zaman dulu contohnya seperti kain batik dan kain rentang yang mengandungi tulisan Jawi serta Bahasa Melayu.

Tidak kurang juga ada hiasan yang sama seperti dalam filem yang dilakonkan oleh Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee antaranya papan tanda tertera Kampung Pening Lalat dalam filem Ahmad Albab dan iklan peluang kerja dalam filem Do Re Mi.

Ada Booth Kedai Runcit Macam Zaman Dulu

Dapat dilihat ada juga booth berbentuk ‘kedai runcit’ yang dipenuhi jajan dan barang lama turut dibuka khusus untuk tetamu yang hadir.

Malah, jika anda mengingati permainan tikam zaman dahulu, ia juga turut disediakan di gerai tersebut!

Tetapi ia hanyalah sekadar untuk suka-suka dan memberi kenangan kepada tetamu yang hadir.

Berdasarkan maklum balas pemilik video berkenaan di ruangan komen, tema kenduri itu merupakan rancangan last minute yang dirancang oleh dia dan ahli keluarga yang lain.

Malah, mereka saling bekerjasama dan bergotong royong dalam menjayakan majlis perkahwinan adik bongsunya itu.

Kenduri kahwin itu juga dipercayai berlangsung sehingga malam sama seperti yang pernah dilakukan oleh orang dulu-dulu.

@pantangjumpakopijalanan

Replying to @user420423456789 Kami taberniaga pun , kami nak tetamu kenduri ambik apa saja kt situ kenang2 vibes dolu2 🤪 #perakpress #kenduriklasik #kampongperak #kampungpeninglalat

♬ original sound – Klasik Seasalt – Klasik Seasalt

Pengguna Media Sosial Teruja, Ramai Imbau Kenangan Lama

Video yang telah mendapat lebih 460 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata teruja melihat tema kenduri kahwin tersebut yang disifatkan agak ‘rare’ dan sukar ditemui pada masa kini.

Tidak kurang juga ada yang turut mengimbau kenangan lama apabila melihat gerai dan permainan yang pernah digunakan sewaktu kecil.

Malah, ada pengguna media sosial yang turut memuji kreativiti keluarga tersebut dalam menjayakan majlis perkahwinan itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Kreatifnya Satu Family Ni”

“Terbaiklah Bang! Dah Macam Pergi Ke Zaman P Ramlee”

“Bagus, Bila Ada Trend, Mana Yang Tak Mampu Jadi Tak Malu Nak Buat Biasa-Biasa, Bestnya Vibe Lama”

“Bestnya! Terasalah Zaman Dulu-Dulu”

“Terbaiklah Dik Tema Klasik Kenduri Kahwin Adik Ni, Orang Lain Semua Nak Moden Je”

“Rindu Lagi Vibe Macam Ni Dari Kahwin Buat Dekat Dewan”

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Tarian Singa, Kompang & Gendang India” – Kenduri Kahwin Himpun Budaya Kaum Di Malaysia Curi Tumpuan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bersatu Kita Teguh” – Wanita Ini Buat Majlis Perkahwinan Anak di Tokong Raih Perhatian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.