fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Ada Individu Selamba Jual Dadah Berbentuk Lolipop Di TikTok [Video]

Lelaki Dakwa Ada Individu Selamba Jual Dadah Berbentuk Lolipop Di TikTok [Video]

Memetik media Thailand, sememangnya wujud dadah gula-gula yang turut dikenali sebagai ‘party lollipops’ atau ‘drunk lollipops’ yang dikesan terjual di negara itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, platform-platform media sosial yang ada pada zaman ini amatlah memudahkan urusan orang ramai untuk berkomunikasi dan berkongsi sesuatu perkara.

Bahkan ia juga digunakan oleh kebanyakan peniaga-peniaga yang sudah mula beralih arah ke perniagaan secara dalam talian yang dilihat lebih mudah serta tidak memakan perbelanjaan yang tinggi untuk kos operasi dan pemasaran.

Meskipun terdapat banyak kebaikan, namun ia juga boleh mendatangkan keburukan jika disalah guna oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tular individu didakwa jual dadah berbentuk lollipop di TikTok

Seperti baru-baru ini, tular di X satu ciapan oleh seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Daddy Rah yang mendakwa terdapat pihak yang menjual dadah secara terang-terangan di aplikasi media sosial popular, TikTok.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun X @cazzrah, kelihatan dadah terbabit berbentuk gula-gula seperti lollipop.

Dia turut mempersoal bagaimana akaun yang menjual dadah berbentuk lolipop itu boleh terlepas di aplikasi TikTok.

Dakwa jual dadah berbentuk gula-gula di TikTok akaun tak disekat?

“Hahaha steady je jual dadah di TikTok,” tulisnya di X.

Pada masa sama, dia turut meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyekat video-video yang mempromosikan rokok elektronik (vape) di aplikasi itu.

Dadah rekreasi berbentuk lollipop datang dari Thailand

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya pula, difahamkan lollipop itu merupakan dadah rekreasi yang dipercayai datang daripada Thailand.

“Masalah paling besar, yang bawah umur pun tahu pasal gula-gula ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@cazzrah

masalah paling besar,yang bawah umur pun tau pasal gula2 ni 🥲🥲

♬ original sound – daddy rah – daddy rah

Setakat ini, semakan kami di TikTok tidak menemui akaun yang menjual gula-gula tersebut, berkemungkinan ia sudah dipadam atau dihapuskan.

Kami juga sedang cuba mendapatkan respon daripada pihak TikTok Shop berhubung dakwaan tersebut.

Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya mendapat sebarang kemas kini.

Sementara itu, memetik Nation Thailand, nama lain bagi gula-gula dadah ini adalah ‘party lollipops’ atau ‘drunk lollipops’ dan ia dijual secara meluas di media sosial.

Terdapat nimetazepam, tramadol, ketamin, dan flunitrazepam dalam party lollipops

Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB), Phanurat Lakboon berkata, ujian ke atas empat variasi gula-gula ini mendapati bahawa salah satu daripadanya mengandungi nimetazepam dan tramadol, manakala dua daripadanya memiliki ketamin dan tramadol dan satu lagi mengandungi flunitrazepam.

“Bahan-bahan ini sangat dikawal, termasuk dalam kategori dua bahan psikotropik, dan hanya boleh diberi oleh doktor di institusi yang disahkan sahaja.

“Mereka (yang mengambil bahan ini) boleh menyebabkan halusinasi, respiratory depression (hipoventilasi) dan kematian,” katanya.

Dalam pada itu, memindai ke ruangan komen ciapan terbabit, rata-rata pengguna media sosial meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu berkenaan.

Bahaya betul zaman sekarang ni, dadah macam gula-gula, tak boleh bayangkan kalau budak-budak yang terbeli.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.