fbpx
Now Reading
“Murah Gila!”- Ramai Terkejut Lihat Warung Ini Jual Pasembur & Kopi O RM2 Sahaja [Video]

“Murah Gila!”- Ramai Terkejut Lihat Warung Ini Jual Pasembur & Kopi O RM2 Sahaja [Video]

Di dalam video terbabit, kelihatan kuantiti makanan dan minuman di warung berkenaan adalah sama di kedai-kedai makan yang lain, namun harganya jauh lebih murah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berniaga merupakan satu proses jual dan beli melibatkan persetujuan antara peniaga dan juga pembeli pada sesuatu harga.

Tidak dinafikan, ada segelintir peniaga yang menjual sesuatu barangan pada harga yang tidak masuk akal demi meraih keuntungan lebih.

Namun, masih ada juga peniaga yang berniaga sambil bersedekah dengan menjual pada harga yang murah kerana tidak ingin membebankan pembeli.

Tular warung jual makanan dan minuman terlalu murah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki mendedahkan terdapat sebuah warung yang menjual makanan dan minuman pada harga yang terlalu murah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zulkamal82, lelaki terbabit memesan sepinggan pasembur dan juga secawan kopi O.

“Di suatu petang, minum kopi dan makan petang di sebuah warung dalam kampung,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kuantiti makanan sama macam kedai lain, tapi harga Pasembur dan kopi O RM2 je!

Di dalam video terbabit, kelihatan kuantiti makanan dan minuman di warung berkenaan adalah sama di kedai-kedai makan yang lain.

Pun begitu, apa yang membezakannya dengan warung yang lain sekali gus mengejutkan ramai orang adalah harga bagi sepinggan pasembur dan secawan kopi O panas itu hanyalah RM2 sahaja.

Menurutnya, kedai makanan berkenaan yang dikenali sebagai Warung Legend Pak Brahim itu terletak di Batu Kurau, Perak.

Video berdurasi 1.02 minit itu telah meraih lebih 124,2000 tontonan di TikTok dan 5,220 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

@zulkamal82

Di suatu petang, minum kopi dan makan petang di sebuah warung dalam kampung.

♬ original sound – zulkamal82 – zulkamal82

Ramai terkejut bila dengar harga, siap titip doa semoga peniaga dilimpahi rezeki banyak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terkejut dengan harga makanan dan minuman terbabit yang terlalu murah.

Bahkan mereka menyifatkan harga tersebut sebagai tidak masuk akal apabila mengambil kira kuantiti dan bahan yang ada di dalam pasembur itu.

Kebanyakan orang juga menitipkan doa kepada peniaga berkenaan agar sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang banyak.

Fuh memang murah, pasembur dan kopi O RM2 je!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.