Peniaga Jual Nasi Kukus RM3.50 Raih Pujian, Siap Tawar Percuma ‘Refill’ [Video]
Menerusi video yang dikongsikan Halal Foodie Malaysia kelihatan ayam yang dijual oleh peniaga wanita tersebut bersaiz besar meskipun harganya sangat murah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harus diakui Ekonomi pada masa kini agak mencabar di mana kebanyakan barangan keperluan dan makanan mula naik harga.
Keadaan ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada peniaga di mana mereka juga terpaksa menaikkan harga produk dan jualan.
Peniaga tawar harga nasi kukus murah di Klang
Namun berbeza dengan peniaga ini apabila dia dapat menawarkan harga yang sangat murah untuk makanan yang dijual di kedainya.
Menerusi video tular di X, awalnya seorang lelaki dari Halal Foodie telah berkunjung ke kedai Lan Nasi Kukus Viral yang terletak di Kampung Sungai Pinang Dalam, Klang, Selangor untuk menikmati juadahnya.
Harga nasi kukus hanya RM3.50
Sewaktu membuat pesanan lelaki itu meminta nasi tambah, dan peniaga wanita kemudian menjawab nasi tambah di kedainya adalah percuma.
Lelaki itu kemudian bertanya kepada kakak tersebut sekiranya membeli nasi kukus biasa berapakah harganya.
“RM3.50 sahaja dengan ayam,” kata peniaga itu. Menerusi video turut kelihatan ayam yang dijual juga bersaiz sederhana dan bersesuaian untuk menjadi hidangan kepada pelanggan.
Menurut wanita itu lagi, ayam untuk seketul berharga RM3 manakala bagi lauk lain seperti sayur RM1, hati RM1.
Lelaki itu kemudian mengambil dua mangkuk nasi (sekali dengan nasi tambah) dua ketul ayam, dua jenis sayur serta satu lauk hati, kesemuanya berharga RM10.
Nasi Kukus RM3.50 Free Refill 🥰
— ًِ (@bckupacc99) September 24, 2024
ini baru betul meniaga sambil bersedekah, moga dimurahkan rezeki lagi tuan kedai. pic.twitter.com/Ma8L5v1a2M
Refill air dan nasi tambah percuma
Manakala air pula dijual pada harga RM1 dan ia dihidang dalam cawan yang bersaiz besar serta boleh diisi semula dengan percuma.
Waktu beroperasi kedai makan ini bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang setiap hari dan tutup pada hari Ahad.
Menerusi semakan kami, video ini awalnya telah dimuat naik oleh Halal Foodie Malaysia di Instagram rasminya pada 10 September yang lalu.
Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan peniaga tersebut kerana menawarkan harga yang cukup murah untuk makanan yang dijualnya.
Malah ada juga yang terkejut kerana harga yang ditawarkan terlalu murah serta tidak masuk akal.