
Bosan Dalam Pesawat, Lelaki Sempat Buat ‘Strawberry Cheese Cracker’ Untuk Pramugari & Rakan [Video]
Menerusi video tersebut, ketika menyediakan kraker keju strawberi itu Akif turut dibantu oleh seorang pramugari yang dikenali sebagai Angela.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan dapat melawat ke negara lain merupakan salah satu perkara menarik apatah lagi ia satu perjalanan yang jauh dan perlu menggunakan kapal terbang untuk ke sana.
Namun perjalanan di dalam kapal terbang yang lama seperti melebihi 4 jam adakalanya turut membuatkan penumpang bosan. Oleh itu, ada yang mencari aktiviti menarik untuk dilakukan sambil menunggu ia mendarat ke destinasi yang dituju.
Ada yang bermain game, ada juga yang menonton filem serta banyak lagi.
Lelaki buat kraker keju strawberi dalam pesawat
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang penumpang yang dikenali sebagai Akif Keith apabila melakukan aktiviti dalam pesawat.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Akif telah menaiki pesawat Royal Brunei Airlines dari Rockhamton, Australia ke Singapura.
Perjalanan dari negara tersebut ke Singapura dipercayai memakan masa sekitar 7- 8 jam dan tentunya ia satu penerbanhan yang sangat panjang untuk pulang ke halaman sendiri.
Bosan duduk dalam pesawat menyebabkan lelaki ini nak buat kraker keju strawberi
Bosan kerana berada di dalam pesawat terlalu lama, Akif kemudian mengambil keputusan untuk bangun dari tempat duduknya untuk membuat kraker keju strawberi.
Dalam video tersebut, kelihatan Akif menyusun setiap satu biskut dan meletakkan keju serta strawberi di atasnya. Sewaktu menyediakan makanan ringan tersebut, Akif juga sempat berkongsi makanan itu dengan pramugari yang bertugas ketika itu.
“Saya bosan di dalam pesawat ketika pulang dari khidmat ketenteraan di luar negara. Jadi saya ambil keputusan untuk buat kraker keju strawberi,” kata Akif.
Sempat berbual dengan pramugari & pramugara
Sewaktu menyediakan kraker tersebut, dia juga turut dilihat berbual mesra dengan pramugari dan pramugara yang bertugas dalam pesawat terbabit.
Akif turut berterima kasih kepada salah seorang pramugari yang dikenali sebagai Angela kerana telah membantunya menyediakan kraker keju berkenaan.
Selepas selesai menyediakan hidangan tersebut, Akif turut dilihat membawa dulang yang penuh dengan kraker keju untuk diberikan kepada rakan-rakan.
“Sedia untuk dihidangkan kepada rakan saya,” tulis Akif lagi sambil menunjukkan kraker dalam dulang yang dibawanya.
@akifkeith Me exploring the idea of become a flight steward. Thank you for taking care of us @royalbruneiair 🧐 #fyp #tiktoksg #flightattendant #royalbruneiairlines
♬ Paper Planes – FULL SONGS
Buat dokumentari perjalanan dari Rockhamton ke Singapura
Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik oleh Akif di TikTok, dia turut membuat beberapa rakaman dokumentari perjalanannya dari Singapura-Rockhamton dan dari Rockhamton-Singapura.
Menerusi dokumentari itu dapat dilihat, sebelum melakukan biskut kraker tersebut Akif juga sempat menonton filem serta membaca buku ketika berada dalam pesawat itu.
@akifkeith What an interesting experience it has been! Thank you SAF for the overseas reservist opportunity 🫡 #fyp #tiktoksg #reservist #exercisewallaby #wallaby
♬ I hate sundays – Murr
@akifkeith ASMR of me travelling to Australia for reservist #fyp #tiktoksg #travel #cinematic
♬ original sound – Akif Keith – Akif Keith
Di ruangan komen, ramai yang teruja melihat Akif sempat menjamu pramugari serta pramugara serta rakannya dalam video berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat kraker yang dibuat oleh Akif kelihatan sedap dan menarik.
“Saya pun nak, sedapnya”

“Bagusnya bang”

“Mereka benarkan awak untuk lakukannya?”
