fbpx
Now Reading
Gamers Mesti Suka! Ini Barisan Siri Pro Terbaharu Dari Logitech G

Gamers Mesti Suka! Ini Barisan Siri Pro Terbaharu Dari Logitech G

Tetikus G PRO X SUPERLIGHT 2 Dex dan G PRO 2 LIGHTSPEED serta papan kekunci PRO X TKL RAPID ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu putih, pink dan hitam di kedai rasmi Logitech G dalam talian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain dari pemproses berkuasa tinggi serta skrin yang mempunyai paparan yang memuaskan, para gamers juga amat menitik beratkan tentang tetikus (mouse) dan papan kekunci (keyboard) yang digunakan semasa bermain permainan dalam talian.

Manakan tidak, kalau mouse dan keyboard tidak bersesuaian untuk bermain game, sudah pasti amat sukar bagi mengawalnya.

Susulan itu, syarikat global dalam peralatan permainan PC dan konsol, Logitech International (Logitech G) hari ini (26 September) telah memperkenalkan tambahan terkini dalam siri Pro mereka yang direka khusus untuk gamers profesional.

Barisan peranti Pro baharu ini adalah tetikus G PRO X SUPERLIGHT 2 Dex dan G PRO 2 LIGHTSPEED serta papan kekunci PRO X TKL Rapid di mana setiap satunya menawarkan ciri-ciri canggih yang memenuhi keperluan profesional e-sport.

G PRO X SUPERLIGHT 2 Dex

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

G PRO X SUPERLIGHT 2 Dex ialah tetikus permainan ultra-ringan dan berprestasi tinggi, direka untuk pemain yang memerlukan masa tindak balas terpantas. Dibina atas kejayaan Superlight asal, versi baharu ini meningkatkan kelajuan, ketepatan, dan keselesaan.

Ciri-ciri utama termasuk:

  • HERO 2 Sensor: Sensor dinaik taraf yang memberikan penjejakan tepat pada 32,000 DPI (Dots per inches), memastikan pergerakan yang lancar dan tepat semasa permainan intensif.
  • Teknologi Wireless LIGHTSPEED: Teknologi tanpa wayar ini memastikan tiada kelewatan, menjadikan sambungan secepat alternatif berwayar.
  • Rekaan Superlight: Dengan berat kurang dari 60g, tetikus ini membolehkan pergerakan pantas dengan kurang rasa penat, memberikan kelebihan ketara semasa sesi permainan yang berpanjangan.

G PRO X SUPERLIGHT 2 Dex ini didatangkan dengan pilihan tiga warna iaitu pink, putih dan hitam dengan harga RM689.

G PRO 2 LIGHTSPEED

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Tetikus G PRO 2 LIGHTSPEED pula menawarkan pengalaman yang sama pantas dan responsif seperti model sebelumnya, tapi kali ini dengan keselesaan yang lebih baik untuk sesi permainan yang lebih lama.

Selain itu, mouse ini juga direka bagi mereka yang ambidextrous iaitu individu yang boleh bermain dengan menggunakan tangan kanan atau kiri.

G PRO 2 LIGHTSPEED ini juga didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu putih, hitam dan pink. Ia dijual pada harga RM549.

PRO X TKL RAPID: Direka untuk kelajuan dan ketepatan

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

PRO X TKL RAPID adalah papan kekunci analog magnetik pertama dari Logitech G dan ia direka untuk kelajuan peringkat profesional, dengan menawarkan titik pengaktifan boleh laras dan fungsi rapid trigger.

Fungsi rapid trigger ini membolehkan pemain menyesuaikan seberapa cepat tekan kekunci didaftarkan, yang boleh membuat perbezaan dalam pertandingan e-sukan berkelajuan tinggi.

Ciri-ciri utama PRO X TKL RAPID:

  • Magnetic Analogue Switches: Direka untuk responsif dan ketepatan yang tinggi, suis ini menawarkan titik pengaktifan yang boleh dilaraskan.
  • Key Priority: Sistem yang membolehkan pemain menyesuaikan input kekunci untuk kawalan dan pergerakan dalam permainan yang optimum.
  • On-the-Fly Configuration: Ciri ini membolehkan pemain melaraskan tetapan dengan cepat tanpa memerlukan pemasangan perisian, sesuai untuk pertandingan e-sport yang tidak membenarkan pemasangan perisian pihak ketiga.
  • Integrasi G HUB: Bagi mereka yang menggunakan G HUB Logitech, papan kekunci ini menawarkan lebih banyak pilihan penyesuaian seperti tugasan multi-aktuasian dan kawalan terperinci ke atas tetapan rapid trigger.
  • Kelestarian: Dibuat daripada bahan kitar semula pasca-pengguna, papan kekunci ini mencerminkan komitmen Logitech terhadap reka bentuk mesra alam.

Sama seperti tetikus siri Pro, PRO X TKL RAPID ini turut dihasilkan dalam tiga pilihan warna yang boleh dibeli iaitu putih, pink dan hitam dengan harga RM899.

Kesemua peranti ini boleh didapati di kedai rasmi Logitech G di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari lawan web Logitech G.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.